Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Untuk Menyediakan Kek Pisang Mentega Kacang Yang Gebu & Tidak Berminyak

Ini Cara Untuk Menyediakan Kek Pisang Mentega Kacang Yang Gebu & Tidak Berminyak

Kategori: ,
KEK PISANG MENTEGA KACANG

Kek pisang antara pencuci mulut yang sangat digemari. Mempunyai rasa manis yang secukupnya, walaupun pelbagai jenis kek telah diperkenalkan, ia masih dikenali dan menjadi pilihan ramai.

Oleh kerana kek pisang merupakan sebuah kek yang ringkas tanpa menggunakan banyak bahan, ramai yang suka menambah beberapa bahan lain untuk menyedapkannya. Bagi anda yang ingin mencuba resepi yang baharu, bolehlah cuba resepi kek pisang mentega kacang ini.

Resepi Kek Pisang Mentega Kacang Yang Gebu Dan Tidak Berminyak

Bahan-Bahan

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 400 gram pisang tanduk yang telah dilecek (boleh gunakan pisang lain jika tidada)
  • 4 sudu makan mentega kacang halus
  • 3/4 cawan gula perang
  • 1 cawan minyak canola (boleh juga menggunakan minyak jagung, minyak kelapa sawit atau mentega cair)
  • 4 biji telur
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh esen pisang (boleh digantikan dengan esen vanilla)
  • Secubit garam

Cara Penyediaan

  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan.
  2. Pukul telur hingga berbuih dengan menggunakan mixer.
  3. Masukkan gula dan pukul lagi sehingga gula kembang.
  4. Masukkan mentega kacang halus dan pukul lagi.
  5. Masukkan garam, esen pisang dan pisang lecek. Pukul perlahan.
  6. Masukkan tepung dan pukul lagi hingga sebati.
  7. Tutup mixer dan masukkan minyak. Gaul bersama adunan menggunakan spatula sehingga sebati.
  8. Tuang adunan ke dalam tin pembakar yang sesuai, terpulang bentuk bulat atau persegi.
  9. Bakar dengan api sederhana (180 C) selama 40 minit atau sehingga masak.

Nota: Sekiranya ingin mengetahui sama ada kek sudah masak atau sebaliknya, cucuk menggunakan lidi sate. Jika lidi anda licin, bermakna kek sudah masak dan boleh padamkan api. Jika lidi sate masih tersalut adunan bermakna anda perlu membakarnya lagi sehingga benar-benar masak. KEK PISANG MENTEGA KACANG KEK PISANG MENTEGA KACANG

Kek pisang mentega kacang ini wajib dicuba bagi penggemar pencuci mulut. Rasa kemanisan pisang dan sedikit kemasinan dari mentega kacang itu merupakan satu kombinasi yang sangat sesuai.

Selamat mencuba resepi mudah ini.

Kredit: Kesavan Supramaniam

Baca Juga: Jom Cuba Resepi Premium Royal Thai Buttercake, Desert Lovers Perlu Cuba!

tags: