Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Ikon Fesyen Wak Doyok Buka Restoran Sushi Sendiri. Bermula Dengan Harga RM1 Di Sushiwak, Netizen Mohon Untuk Buka Lebih Banyak Cawangan

Ikon Fesyen Wak Doyok Buka Restoran Sushi Sendiri. Bermula Dengan Harga RM1 Di Sushiwak, Netizen Mohon Untuk Buka Lebih Banyak Cawangan

Kategori:
SUSHIWAK

Mohd Azwan Haji Mohd Nor atau lebih dikenali sebagai Wak Doyok merupakan seorang usahawan serta ikon fesyen yang dikagumi ramai. Memiliki perniagaan yang berjaya, beliau kini meluaskan empayarnya dengan menceburi bidang makanan.

Baru-baru ini, Wak Doyok mengejutkan peminatnya dengan berkongsi berita pembukaan restoran Sushiwak yang terletak di Melawati Mall, Kuala Lumpur pada 26 Disember 2021 (Ahad). SUSHIWAK

(Wak Doyok berkongsi gambar di laman Facebook, mengajak peminat ke restoran sushi miliknya)

Sushiwak Kini Dibuka, Pelbagai Pilihan Untuk Peminat

Ramai yang tidak menyangka bahawa Wak Doyok akan membuka restoran sendiri. Namun, beliau telah mengejutkan orang ramai dengan pembukaan Sushiwak. Dengan harga sushi bermula dengan RM 1 dan mempunyai pelbagai pilihan menarik, restoran itu mendapat perhatian warganet.

Malah, menerusi perkongsian menu yang telah dimuat naik di laman TikTok akaun restoran itu, Sushiwak bukan sahaja menyajikan pelbagai pilihan sushi, malah terdapat pelbagai hidangan Jepun bagi mereka yang ingin merasai masakan Jepun. Dengan harga yang berpatutan, penggemar masakan negara matahari terbit itu pasti akan menyerbu restoran itu.

https://www.tiktok.com/@sushiwak/video/7046311370131852571?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7014289098874471937

@sushiwak Reply to @muszy82 ♬ Happier Than Ever – ASTN

Netizen Pernah Cuba, Kini Minta Wak Doyok Buka Lebih Banyak Cawangan

Sejak pembukaannya, ramai yang telah mengunjungi restoran itu bagi mencuba hidangan di sana. Tidak kecewa, mereka berpuas hati dengan makanan dan suasana di restoran itu. Malah, ada yang memohon pada ikon fesyen itu untuk membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara.  SUSHIWAK

Tahniah Wak Doyok atas pembukaan restoran pertama miliknya. Semoga perniagaan beliau terus berkembang maju dan mendapat sambutan yang baik dari orang ramai. Bagi anda yang menggemari makanan Jepun dengan harga yang berpatutan, boleh ke Sushiwak sekarang.

Kredit: Instagram wakdoyok, TikTok sushiwak

Baca Juga: “Gapo Ni Ameera? Kotor..” Gelagat Lucu Ameraa Khan Prank Ibunya Buat Ramai Terhibur

 

tags: |