Setiap hidangan mempunyai langkah-langkah dan bahan-bahan tertentu yang akan digunakan bagi menyedapkannya. Tapi, ada juga sesetengah individu yang akan menambahkan olahan sendiri bagi memberikannya rasa yang lebih unik.
Namun, jika tersalah penggunaan bahan di sesuatu masakan, perkara itu boleh merosakkan rasa hidangan yang sedang dimasak. Pastikan anda sentiasa peka dan berhati-hati ketika memasak supaya tidak tersalah. Jenuh pula dimarahi nanti.
Di laman TikTok, seorang pengguna, intanliana106, memuat naik sebuah video dan berkongsi cerita lucu yang baru sahaja terjadi pada dirinya baru-baru ini.
Terhibur dengan kecuaian diri sendiri, wanita itu berkongsi bahawa dia telah tersalah guna ramuan dalam masakannya. Sepatutnya meletakkan sesudu pes asam jawa, wanita itu bagaimanapun tanpa sedar sudah mencapai kaya dan meletakkannya dalam sambal yang sedang dimasak diatas dapur.
Berasa hairan tapi sudah terlambat, wanita itu sudah meletakkan kaya itu dalam masakannya.
@im_intanliana Inilah yang orang cakap karma ๐ kena pulak kat diri sendiri..kaya kusangkakan asam jawa..nasib baiklah rasa tak berubah๐#myFoodie #makanlokal #tiktok
@intanliana106 Inilah yang orang cakap karma ๐ kena pulak kat diri sendiri..kaya kusangkakan asam jawa..nasib baiklah rasa tak berubah๐#myFoodie #makanlokal #tiktok โฌ bunyi asal – Ena_kemaman Tribe769_gsttteam – ๐๐ฝ๐ผ๐ถ๐ฎ_๐๐ด๐ด ๐ฎ๐ท๐ช
Menjengah di ruangan komen, warganet turut berasa terhibur dengan perkara itu. Malah, ada juga yang ingin tahu bagaimana rasa masakan itu setelah menggunakan sekaya itu.
Malah, ada juga yang berasakan bahawa masakan wanita itu mesti bertambah manis setelah menggunakan sekaya itu.
Inilah yang akan terjadi apabila tidak berhati-hati dan peka di dapur. Jika tersalah pandang, boleh tersalah guna ramuan, terus berubah rasa masakan anda. Jadi, pastikan anda sentiasa fokus di dapur. Ini baru tertukar pes asam jawa dengan sekaya, belum lagi tertukar gula dengan garam.
Kredit: TikTok intanliana106