Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Hati Dah Rasa Tak Sedap..” Tersedar Dari Tidur Kerana Terbau Masakan Jiran, Rupa-Rupanya..

“Hati Dah Rasa Tak Sedap..” Tersedar Dari Tidur Kerana Terbau Masakan Jiran, Rupa-Rupanya..

Kategori:
TERBAU MASAKAN JIRAN

Kehidupan dalam sebuah komuniti dan berjiran ini, apa yang dilakukan pasti lambat laun akan diketahui ramai. Malah, apa yang dimasak di dapur juga menjadi bualan, lebih-lebih lagi bila aroma itu memikat selera sesiapa sahaja yang tercium baunya.

Sebagai seorang jiran yang baik, sudah pasti kita sentiasa mengingati satu sama lain. Jika tercium bau yang kurang meyenangkan, cepat-cepat mengingati jiran anda sebelum berlakunya satu kemalangan.

Terbau Masakan Jiran, Rupanya..

Di laman Facebook, seorang wanita, Siti Shabariya Sahian,berkongsi sebuah peristiwa cemas yang baru sahaja terjadi padanya baru-baru ini.

Lena dibuai mimpi, wanita itu tersedar dari tidurnya apabila terbau masakan jiran yang kurang menyenangkan. Menyangka bahawa ia merupakan masakan jiran, wanita itu cuba tidak mengedahkannya namun hatinya tergerak untuk ke dapur.

Menjengah di atas dapur, wanita itu terkejut dan mula panik apabila mendapati bau itu rupanya datang dari kuah bakso yang sedang dipanaskan. Sudah kering dan hangit, bagaimanapun bebola daging yang ada masih lagi boleh dimakan. Nasib baik tidak berlakunya sebuah kemalangan.

Baru nk terlelap…”eh asal bau macm bnda hangit ni….jiran aku ni masak apa?” (Dah jiran pulak yg dituduh)

Eh hati dah xsedap.. g tgok dapur ..

Ya Allah…aku panaskn kuah bakso rupanya.

Umur baru naik satu ank tgga(33 tahun) dah pelupa tahap umoq 70 tahun..

Bebola daging tu still boleh makan… Alhamdulillah Masih ad rezeki.

TERBAU MASAKAN JIRAN

Pernah Juga Terkena

Di ruangan komen, warganet memahami bahawa kejadian itu berlaku tanpa diminta. Menasihatinya untuk berhati-hati, mereka turut kongsi pengalaman sama dan turut mendoakan agar dijauhkan dari sikap pelupa. TERBAU MASAKAN JIRAN

Semoga kejadian ini menjadi sebuah peringatan pada kita semua untuk lebih berhati-hati apabila berada di dapur. Jangan terlalu leka dan jika terlalu penat, ingatkan keluarga yang berada di rumah. Pastikan ada menutup semua peralatan dapur dan gas-gas supaya dapat melindungi diri dan keluarga.

Kredit: Siti Shabariya Sahian

Baca Juga: “Tak Laku Langsung..” Wanita Ini Sebak Bila Tengok Ayah Penat Tanam Sayur & Jual Murah-Murah Tapi Tidak Dibeli

tags: