Bila ingin berdiet, ramai yang memilih untuk menggantikan lauk-pauk mereka dengan sebiji telur. Tinggi dengan protein dan membekalkan tenaga yang diperlukan, ianya enak dimasak pelbagai cara.
Walaupun sihat, cara masakan juga amat penting. Tak perlu digoreng dengan minyak yang berlebihan, anda perlu cuba resepi telur stim ini. Ianya lebih sihat dan bagus untuk kesihatan.
Nota: Kalau mahu gandakan telur, perlu gandakan airnya sekali.
Resepi ini mudah sahaja, kan? Bagi anda yang mementingkan kesihatan dan ingin melakukan diet, bolehlah cuba telur stim. Malah, pelbagai bahan boleh ditambah mengikut citarasa masing-masing.
Hidangan ini juga terkenal di restoran Cina dan Jepun kerana ianya tidak menggunakan minyak atau digoreng. Anak-anak kecil juga boleh menikmatinya.
Kredit: Sze Pin via MAHN
Baca Juga: Ini Resepi Kerabu Kaki Ayam Yang Sedap, Cukup Rasa & Pasti Ketagih Bila Dicuba