Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Wanita Ini Berani Masak Maggi Hot Cup Yang Sudah Luput, Netizen Risau Perkara Itu Akan Menjejaskan Kesihatannya

Wanita Ini Berani Masak Maggi Hot Cup Yang Sudah Luput, Netizen Risau Perkara Itu Akan Menjejaskan Kesihatannya

Kategori:
maggi hot cup

Maggi Hot Cup merupakan kegemaran ramai. Mudah disediakan dan dibawa ke mana-mana, ianya enak dinikmati dan sering menjadi pilihan buat mereka yang terlalu sibuk untuk memasak atau membeli makanan.

Namun, seperti mana-mana makanan, ia perlu digunakan sebelum tarikh luputnya. Selepas melepasi tarikh tersebut, makanan itu sudah rosak dan tidak sesuai untuk dimakan kerana boleh menjejaskan kesihatan. Walaupun dibungkus dan merupakan makanan kering, Maggi Hot Cup juga akan rosak.

Masak Maggi Hot Cup Selepas Tarikh Luput

Di laman TikTok, seorang pengguna, marissawong96, memuat naik sebuah video dan berkongsi tindakan berani yang dilakukan olehnya baru-baru ini.

Berada di tempat kerja, wanita itu memutuskan untuk cuba memasak Maggi  Kari Hot Cup yang telah melepasi tarikh luputnya. Makanan itu telah pun luput pada 30 November 2021, namun wanita itu masih lagi yakin bahawa ianya masih lagi selamat untuk dimakan.

Menyediakannya mengikut arahan pada pek, menurut wanita itu, rasa Maggi Kari Hot Cup itu tetap sedap seperti yang masih elok.

@marissawong96Trying expired hot cup!♬ original sound – Marissa Wong

Netizen Risau Wanita Itu Akan Terkena Keracunan Makanan

Menjengah di ruangan komen, segelintir netizen mula risau dengan tindakannya. Walaupun rasa Maggi itu masih lagi sedap, namun memandangkan ianya sudah rosak, perkara itu boleh menyebabkan keracunan makanan. maggi hot cup

Walaupun makanan itu kelihatan elok dan rasanya tetap sama dengan makanan yang belum lagi rosak, seeloknya kita tidak mengambilnya apabila ia sudah melepasi tarikh luputnya. Jika masih lagi berbuat begitu, kesihatan anda akan terjejas. Bukan sahaja boleh mengalami cirit birit, malah masalah yang lebih serius.

Kredit: TikTok marissawong96

Baca Juga: “Hati Dah Rasa Tak Sedap..” Tersedar Dari Tidur Kerana Terbau Masakan Jiran, Rupa-Rupanya..

tags: