Sejak penularan wabak Covid-19, ramai yang terkesan. Bukan sahaja ramai yang telah kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan, malah virus itu telah meragut beribu-ribu nyawa.
Walaupun berbahaya dan boleh menyebabkan kematian, ada juga segelintir individu yang berjaya menyembuhkan diri dengan mengikuti arahan pakar kesihatan. Antaranya adalah perlu melakukan kuarantin selama 14 hari dan mengasingkan diri dari keluarga. Walaupun perit, ia perlu dilakukan bagi memastikan wabak itu tidak lagi merebak.
Di laman TikTok, seorang pengguna, _yuhai_, memuat naik sebuah video dan berkongsi kenangan sedih yang tidak mampu dilupakan.
Baru sahaja terjadi, wanita itu berasa sebak apabila suaminya dan bapa kepada anak-anaknya terpaksa meraikan hari jadi anak mereka dari luar rumah kerana dijangkiti virus Covid-19.
Walaupun sedang kuarantin, dia masih mahu melihat anaknya di hari gembiranya walaupun tidak mampu berada di sana untuk memeluknya.
@__yuna__yun Semoga daddy suami sy tabah dan cepat sembuh. Dia kuarantin di bilik ofis depan rumah.
@_yuhai_Semoga daddy suami sy tabah dan cepat sembuh. Dia kuarantin di bilik ofis depan rumah.♬ Sad Song – Silver Ash
Namun, di ruangan komen, warganet mempertikaikan keputusan wanita itu untuk menyambut hari jadi anaknya tanpa menunggu bapa mereka menyelesaikan kuarantin. Lebih meriah bila bersama, mereka turut sebak apabila membayangi perasaan seorang bapa yang tidak mampu bersama anaknya.
Setelah dipertikaikan, wanita itu menjelaskan keputusannya untuk menyambut hari jadi anak mereka tanpa menunggunya selesaikan kuarantin adalah kerana ingin menunaikan permintaan ibu saudara mereka.
Bila dijangkiti wabak Covid-19, kita seperti sedang bertarung dengan nyawa. Namun, walaupun berada dalam keadaan yang sakit, seorang bapa masih lagi ingin melihat anaknya ketika dia sedang menyambut hari jadi. Mungkin takut itu merupakan hari jadi terakhir mereka bersama, ayuh kita sama-sama mendoakan agar dia selamat dan sembuh secepat mungkin.
Kredit: TikTok _yuhai_
Baca Juga: Kongsi Prank Kawan Melangkahi Makanan, Tindakan Individu Itu Undang Kecaman Dari Netizen