Sate Malaysia sangat terkenal kerana ramai orang akan beli atau tempah untuk sambut Hari Raya Aidilfitri atau dimakan sebagai hidangan sampingan. Kebiasaanya tiba waktu raya aidilfitri pasti ramai yang akan tempah bersama dengan nasi impit dan kuah kacang sebagai hidangan sampingan untuk tetamu.
Kalau beli memang lebih mudah berbanding buat sendiri. Tak salahkan kalau kita nak cuba dan satu cucuk sate juga sudah naik harga. Kalau buat untuk makan-makan di rumah sahaja juga baik dan inilah resepi untuk dirujuk yang dikongsikan oleh Minty Mama.
Resepi Sate Ayam Malaysia
Bahan-bahan:
- 2 ketul besar peha ayam
- Perap ayam
- 2 ulas bawang putih
- 2 ulas bawang merah
- 1/2 batang serai
- 1 biji halia
- 1 sudu kecil serbuk ketumbar
- 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
- 1/2 sudu kecil serbuk cili
- 1/2 sudu kecil lada
- 3 sudu besar kicap manis
- 3 sudu besar minyak
- Sos pencicah
- 1 tangkai serai
- 1 biji halia
- 1/4 biji bawang besar
- 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 3 sudu kecil serbuk ketumbar
- 2 sudu besar sos ikan
- 1 sudu besar gula perang
- 75 g air
- 75 g kacang tanah (dicincang)
- 5 sudu besar minyak sayuran
- 2 sudu besar kicap
Langkah-langkah
- Campurkan perap ayam dalam food processor hingga rata.
- Potong peha ayam menjadi jalur setebal 2cm. Perap ayam dengan adunan perap ayam yang telah dicampur dalam langkah 1, selama 30 min atau lebih, sesuai jika anda boleh perap semalaman.
- Masukkan ayam ke dalam bentuk ‘S’ pada lidi buluh.
- Sediakan sos pencicah : kisar serai, halia, bawang merah, bawang merah, bawang putih dalam pemproses makanan sehingga halus.
- Panaskan kuali dengan sedikit minyak, tumis adunan dalam langkah 4, masukkan serbuk ketumbar, sos ikan, kacang tanah cincang, gula, kicap manis dan air (sedikit demi sedikit). Tumis semua sehingga menjadi pes. Biarkan sejuk, letakkan sedikit kacang tanah cincang.
- Goreng ayam di atas kuali besar sehingga masak atau bakar dalam ketuhar selama 15 minit pada suhu 200 C atau sehingga masak (Putar sate setiap 5 minit dan lumurkan dengan sedikit minyak). Nikmati dengan sos pencicah.
Inilah resepi sate ayam untuk mereka yang terfikir untuk buat sendiri di rumah. Resepi ini bukan hanya terhad pada ayam tetapi boleh juga untuk daging. Selamat mencuba.
Kredit: Minty Mama
Baca Juga: Ini Cara Buat Sendiri Lokching Dan Sos Manis Pedas Yang Sedap, Isi Ikan Yang Banyak Memang Puas La!