Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Pergh! Lenyek Cabai Ngan Tangan..” Video Lelaki Ini Masak Menggunakan Tangan Sahaja Raih Perhatian Netizen

“Pergh! Lenyek Cabai Ngan Tangan..” Video Lelaki Ini Masak Menggunakan Tangan Sahaja Raih Perhatian Netizen

Kategori:
MASAK MENGGUNAKAN TANGAN

Memasak di dapur perlu menggunakan pelbagai peralatan bagi memudahkan proses penyediaan hidangan. Malah, jika dilihat sekarang, pelbagai gadget telah diperkenalkan seperti Pressure Cooker, Food Processor, Hand Blender dan banyak lagi.

Walaupun begitu, masih ada di antara kita yang menggunakan peralatan dapur tradisional seperti lesung batu, dapur kayu api, serutan keripik. Namun, ‘alat dapur’ yang paling berguna dan sudah wujud sejak zaman purba lagi adalah tangan manusia yang telah dikurniakan oleh Tuhan. Dengan adanya tangan, pelbagai masakan boleh dihasilkan. Tambahan pula, masih ada segelintir individu yang memasak dengan hanya menggunakan tangan.

Lelaki Ini Masak Menggunakan Tangan Sahaja

Seperti dibuktikan baru-baru ini, seorang lelaki dengan selambanya menyediakan hidangan dengan hanya menggunakan tangannya sahaja.

Video itu yang dimuat naik oleh ayie_namanya di laman TikTok, berjaya meraih perhatian setelah memaparkan gelagat seorang lelaki bertopi yang sedang gigih memasak di dapur. Lain dari yang lain, setiap langkah pasti menggunakan tangannya. Tambahan pula, lelaki itu juga boleh melenyekkan cabai tanpa menggunakan ulu lesung.

Tangan lelaki itu sudah mencukupi dan dijadikan seperti ulu lesung dan spatula untuk menyediakan hidangan. Seperti kalis haba, gelagat lelaki itu sangat hebat. Pasti kerana sudah terbiasa sehinggakan tak perlu menggunakan apa-apa peralatan menarik untuk memasak.

@ayie_namanya

Tengok cara brother ni masak, ini baru betol2 air tangan. #fyp

♬ Makan – Jalil Hamid

@ayie_namanya Tengok cara brother ni masak, ini baru betol2 air tangan. #fyp ♬ Makan – Jalil Hamid

Macam Tak Percaya

Di ruangan komen, netizen seperti terpegun dengan kehebatan lelaki itu yang mampu menggunakan tangannya sahaja untuk memasak.  MASAK MENGGUNAKAN TANGAN

Walaupun banyak peralatan dapur yang telah diperkenalkan, akhir sekali tangan juga yang tetap menjadi pilihan lelaki ini untuk menyediakan hidangan. Beginilah baru boleh merasai air tangannya.

Meskipun kelihatan menarik, orang ramai tidak disarankan untuk mencuba aksi lelaki ini kerana boleh mengundang kecederaan yang tidak diingini.

Kredit: TikTok ayie_namanya

Baca Juga: “Mood Makan Bertukar Air Mata”, Wanita Mengandung Ini Sedih Bila Sup Ekor Yang Dibeli Tak Memuaskan. Mintak Sambal Pun Tak Bagi

tags: