Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » 5 Aneka Jenis Sambal Pedas Dan Sedap Untuk Dimakan Bersama Lauk Dan Nasi Atau Hidangan Tertentu

5 Aneka Jenis Sambal Pedas Dan Sedap Untuk Dimakan Bersama Lauk Dan Nasi Atau Hidangan Tertentu

Kategori:

Sesetengah orang memang minat sangat dengan sambal. Kalau tiada sambal rasa kurang lagi-lagi sambal ni memang penyedap kepada makanan. Sesiapa yang makan atau suka pedas, sambal pedas dalam nasi berlauk memang wajib.

Sebenarnya sambal ni ada banyak jenis bukan sambal pedas sahaja dan ianya sedap dimakan dengan masakan tertentu. Kebanyakan sambal juga daripada ikan. Ada banyak sambal yang perlu kita tahu, mungkin sahaja mak mertua suruh menantunya sediakan sambal tetapi kita masih terkial-kial cara buatnya. Jadi, inilah beberapa resepi sambal yang sedap dikongsikan oleh Mazlina Ahmad.

Resepi Sambal Terung Goreng Dan Ikan Tumbuk

Sambal Terong Goreng

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji terung panjang (potong dan goreng)
  • 2 ekor ikan selayang (goreng dan ambik isi)
  • *15 tangkai cili padi
  • *3 ulas bawang putih
  • *1 biji bawang besar
  • Sedikit garam

Cara Buat

  1. Goreng bahan bertanda * hingga layu
  2. Tumbuk bahan yang sudah digoreng layu dengan garam
  3. Masukkan isi ikan dan tumbuk
  4. Masukkan terung dan tumbuk sampai pecah-pecah

Kredit: Mazliza Ahmad

Resepi Sambal Totok

Sambal Totok

Bahan-bahan:

  • 1/2 genggam ikan bilis kopek (basuh dan rendam)
  • *30 tangkai cili padi merah dan hijau
  • *1 biji bawang besar
  • *3 ulas bawang putih
  • *sedikit belacan
  • Sedikit garam
  • 1 biji limau nipis
  • Goreng bahan bertanda * hingga layu dalam minyak yang sedikit

Cara Buat:

  1. Tumbuk semua bahan yang digoreng dengan sedikit garam.
  2. Tumbuk sampai pecah-pecah.
  3. Masukkan ikan bilis yang dah ditoskan dan tumbuk sebati.
  4. Perahkan limau dan gaul sebati.

Kredit: Mazliza Ahmad

Resepi Sambal Goreng Garing Pedas

Sambal Goreng Garing

Bahan-bahan:

  • *3 biji cili masak
  • *25 tangkai cili padi atau cili padi merah
  • *1 biji bawang besar
  • *3 ulas bawang putih
  • *Sedikit belacan
  • 1 keping asam keping
  • Garam dan perasa

Cara Buat:

  1. Mesin kasar bahan bertanda *
  2. Tumis bahan hingga betul-betul garing
  3. Masukkan asam keping, garam dan perasa

Kredit: Mazliza Ahmad

Resepi Sambal Tumbuk Petai Dan Ikan

Sambal Tumbuk Petai

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan selayang/ kembung (goreng)
  • *1 biji bawang besar
  • *15 tangkai cili padi
  • *2 ulas bawang putih
  • Sedikit garam
  • 2 papan petai

Cara Buat:

  1. Goreng sekejap bahan bertanda * hingga agak layu.
  2. Asingkan ikan dari tulang.
  3. Tumbuk semua bahan * yang sudah digoreng tadi bersama sedikit garam (tumbuk jangan terlalu hancur).
  4. Masukkan isi ikan goreng.
  5. Masukkan petai, kopekkan dan tumbuk pecah-pecah.

Kredit: Mazliza Ahmad

Resepi Sambal Ikan Mempelam Muda

Sambal Ikan Mempelam Muda

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan kembung -bakar atau rebus
  • 15 tangkai cili api
  • 3 biji mempelam telur (muda) -cincang *kalau pelam besar, sebiji pun cukup
  • Sedikit garam

Cara Buat

  1. Tumbuk cili api dan garam hingga lumat.
  2. Masukkan pula ikan rebus /bakar dan tumbuk.
  3. Akhir sekali, masukkan mempelam yang dicincang dan tumbuk.

Kredit: Mazliza Ahmad

Mudah sahaja buat sambal tak sampai 10 minit pun. Pastikan sukatannya juga betul dan kalau betul-betul suka pedas tambahkan lagi cili api, ikut tekak masing-masing. Selamat mencuba.

Baca Juga: Tak Ramai Tumbuk Sambal Belacan Guna Lesung Batu, Serius Sedap Lain Macam Guna Cara Ni!

tags: | |