Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Mengadu Kurang Selesa Dengan Pelanggan Lain Yang Sedang Menuggu Giliran, Netizen Pula Yang Berang Dengan Lelaki Itu

Mengadu Kurang Selesa Dengan Pelanggan Lain Yang Sedang Menuggu Giliran, Netizen Pula Yang Berang Dengan Lelaki Itu

Kategori:
pelanggan lain

Demi mematuhi Standard Operation Procedure (SOP) yang telah dilaksanakan semenjak penularan wabak Covid-19, ramai peniaga kedai makan terpaksa mengehadkan jumlah pelanggan di dalam kedai dan jumlah kerusi dan meja yang disediakan.

Namun, perkara itu memaksa pelanggan menanti giliran dan terpaksa berdiri dalam jangka waktu yang lama untuk makan di sana. Oleh itu, pelanggan lain juga perlu memainkan peranan dan tidak mengambil masa yang lama apabila sedang makan kerana orang lain juga ingin menggunakan kerusi dan meja yang ada.

Kurang Selesa Dengan Pelanggan Lain

Bagaimanapun, seorang pengguna, mamatnash, meluahkan rasa kurang selesa dengan pelanggan lain yang sedang menantinya dan orang lain untuk menghabiskan makanan mereka supaya mereka boleh menggunakan meja dan kerusi itu.

Menerusi video yang telah dimuat naik di laman TikTok, pelanggan lain yang menanti telah memaksanya untuk makan secara gelojoh dan belum sempat untuk menikmati makanannya. Perkara itu membuatnya berasa kurang selesa.

@mamatnash lain kali dtg awal ye #fypシ #tiktokmalaysia ♬ Aot S4 Trailer Theme – Troll Of Jom

Tolong Bertolak Ansur

Namun, aduan pengguna itu undang rasa tidak puas hati dikalangan netizen. Mereka memohon agar dia mempunyai sikap bertolak ansur dan memudahkan urusan mereka yang sudah lama menanti. Lagipun, jika kita bantu orang lain, sudah tentu urusan kita juga akan dipermudahkan.  pelanggan lain

Ada Yang Tak Sanggup Makan Dengan Kedai Makan Yang Sesak

Malah, ada juga yang rela tidak makan di kedai makan yang sesak dan perlu menunggu terlalu lama kerana lebih mementingkan keselesaan. pelanggan lain

Walaupun berasa kurang selesa dengan pandangan pelanggan lain yang sedang menanti, seharusnya kita perlu bertimbang rasa dan bila sudah habiskan makanan, segeralah membayar makanan supaya orang lain juga boleh menggunakan meja dan kerusi anda. Jika kita bantu orang lain, diri kita juga yang akan mendapat pahala.

Kredit: TikTok mamatnash

Baca Juga: “Kalau Dia Minta Maaf Pun Sejuk Dah Tadi..” 1 Jam Menunggu Makanan, Pelanggan Ini Kecewa Dengan Sikap Peniaga

 

tags: