Dalam ajaran agama Islam, tak semua jenis daging sesuai untuk dimakan kerana agama tersebut sangat mementingkan faktor kebersihan dan kesucian. Namun bagi penganut agama lain yang telah diberikan kebebasan, mereka boleh menikmati apa jua daging seperti katak, ular, beruang dan sebagainya.
Walaupun kelihatan pelik, apa jua makanan bangsa lain perlu dihormati. Namun, orang ramai tidak dapat menahan diri dari berasa hairan apabila melihat perkara yang pelik. Lebih-lebih lagi bila ianya tidak pernah ditemui.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna, the. gist, individu berkongsi dan memuat naik sebuah video yang memaparkan masakannya baru-baru ini.
Apa yang menarik perhatian adalah daging yang sedang dipanggang di atas grill sedang bergerak-gerak seperti masih lagi mempunyai nyawa walaupun sudah dipotong pada beberapa bahagian dan sedang dimasak. Perkara itu sangat aneh dan jika diteliti, daging yang sedang dipanggang bukanlah daging lembu atau daging ayam.
@the.gist😳😲🤔♬ original sound – ɯıʇ ɟo ʇsıƃ ǝɥʇ
Menjengah di ruangan komen, netizen keliru melihat rupa daging tersebut. Hairan, mereka tertanya-tanya daging apakah yang telah digunakan kerana mana-mana daging tidak akan bergerak-gerak seperti itu.
Segelintir netizen pula berpendapat bahawa daging yang sedang dipanggang di atas grill itu adalah daging ular yang masih lagi segar. Oleh itu, ia masih lagi bergerak-gerak bila terkena haba.
Walaupun apa yang dimasak merupakan sesuatu yang aneh, janganlah kita mengecam makanan bangsa lain. Jika berasa geli atau jijik, seeloknya kita berdiam dan menghormati hidangan mereka.
Kredit: TikTok the. gist