Sebagai seorang ibu bapa, kita perlu sentiasa memantau tingkah laku anak-anak supaya mereka berada dalam keadaan yang sihat dan selamat. Namun, memandangkan anak-anak ini sangat lincah pada usia mereka yang masih kecil, pelbagai hal boleh terjadi.
Lebih-lebih lagi apabila tangan mereka berjaya mengapai sebuah handphone, ada sahaja masalah yang akan timbul. Jika gadget tersebut dan aplikasi tertentu tidak dikemaskini dengan kata laluan, sudah pasti anak-anak akan leka bermain dengannya sehingga boleh tersalah tekan aplikasi dan menyebabkan satu masalah besar buat ibu bapa mereka.
Baru-baru ini, perkara sebegitu telah terjadi pada seorang pengguna TikTok, iaitu badrulchikita yang telah leka dan memberi anak kecilnya bermain dengan handphone miliknya sehingga tersalah guna aplikasi penghantaran makanan ternama iaitu Foodpanda.
Menurutnya, dia telah dikejutkan dengan ketibaan seorang rider Foodpanda yang datang untuk menghantarkan sebuah pesanan misteri. Berasa hairan, lelaki itu bersangka bahawa perkara itu merupakan satu kesalahan dari pihak rider. Namun bila disiasat, rupanya dia terjumpa pesanan tersebut dalam aplikasi Foodpanda dalam telefonnya.
Terpaksa membayar RM 69.38, rupanya si pelaku adalah anak kecilnya yang kelihatan tidak bersalah dengan perkara yang telah dilakukan.
https://www.tiktok.com/@badrulchikita/video/7051945020080885018?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052513906526406145
@badrulchikita Auto order dari food panda #fyp #fypシ .#esekeli #anak #fun #motivation ♬ original sound – Bard
Menjengah di ruangan komen, netizen jelas terhibur dengan apa yang terjadi. Walaupun kerenah anak-anak ini boleh menguji kesabaran, namun para ibu bapa hanya mampu sabar. Nak marah pun tak sampai hati.
Pastikan anda sentiasa mempunyai kata laluan bagi menggelakkan hal ini dari terjadi. Jika perlu memberi anak-anak handphone, setiap tingkah laku mereka perlulah dipantau supaya mereka tidak menyalahgunakan sebarang aplikasi.
Kredit: TikTok badrulchikita