Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Popia Carbonara Paling Simple Namun Sangat Sedap. Yang Penting Tak Comot!

Resipi Popia Carbonara Paling Simple Namun Sangat Sedap. Yang Penting Tak Comot!

Kategori: ,
Popia Carbonara

Popia merupakan antara makanan yang sangat digemari oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Dengan popia ini pelbagai aneka makanan yang boleh kita sediakan. Nak buat popia pusing, popia berinti sayur atau pun popia carbonara pun boleh. Makanan seperti ini sangat sesuai dihidangkan pada bila-bila masa. Sama ada pagi, petang atau pun malam.

Nak lebih kenyang dan sedap, mungkin anda boleh cuba buat popia carbonara ini. Caranya sangatlah mudah. Hanya menggunakan sos carbonara berjenama Prego dan beberapa lagi bahan lama. Bila masak nanti, anda boleh rasai sendiri kesedapannya.

Cara Buat Popia Carbonara Yang Sedap & Menyelerakan!

Bahan-Bahan:

  • 2 biji bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 peket isi ketam
  • 1 tin cendawan
  • 1 cawan ayam
  • 1/2 lobak
  • 1 botol sos Prego carbonara @ 2 tin sos Prego } yang tin lebih sedap berbanding botol
  • Garam, gula, perasa
  • 1 sudu makan minyak masak

Cara Penyediaan:

  1. Potong dadu semua bahan-bahan di atas.
  2. Tumis bawang putih, bawang merah dengan minyak masak. Kemudian masukkan isi ayam, sos prego, isi ketam, cendawan dan lobak.
  3. Perasakkan garam, gula. perasa dan masak sampai pekat. Sejukkan dalam peti ais sekejap barulah start menggulung.
  4. Ambil popia sehelai, letakkan inti tapi jangan letak banyak sangat. Nanti kulit popia basah akan jadi tak cantik.
  5. Kemudian gulungkan, leppastu gam. Guna bancuhan tepung gandum dan sedikit air. Di hujung popia bagi melekat.
  6. Lepas tu goreng dalam minyak yang panas tapi api mesti perlahan. Baru canti bila goreng. Flawless gitu.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Sangat mudah kan nak menyediakan popia carbonara ini? Bahan yang digunakan juga sangat mudah untuk didapatkan. Tapi yang penting kalau nak lebih sedap, guna sos Prego yang dalam tin tu. Orang cakap rasa sos Prego dalam botol tidak umph dan sedikit masam. Walaupun begitu, terpulang kepada diri masing-masing ya.

Selamat mencuba!

Kredit: Nur Qaisara

Baca juga: Cara Lembutkan Kulit Popia Yang Kering, Jangan Buang Baru Tak Membazir!

tags: | |