Langkau ke kandungan

Resepi Mudah Popia Inti Sayur Yang Sedap, Makan Habis 5 Biji Pun Tak Sedar!

Resipi

10 bahan, 8 langkah

Terus ke resipi
resepi popia inti sayur yang mudah

Sedapnya kalau dapat makan popia inti sayur untuk minum petang ni. Memang ramai penggemar popia sayur ni, makan panas-panas memang sedap! Sedar tak sedar, habis 5 biji makan sorang. Jom cuba buat sendiri untuk minum petang nanti.

Cara Buat Popia Inti Sayur Yang Sedap

Bahan-bahan popia:

  • Kulit popia
  • Taugeh
  • Timun
  • Lobak

Cara-cara:

  1. Letakkan isi di tengah  kulit popia. Gulungkan.
  2. Penghujung gulungan, letakkan sedikit air untuk gam kulit popia.
  3. Goreng sehingga masak dan keperangan. Resepi Mudah Popia Inti Sayur Yang Sedap, Makan Habis 5 Biji Pun Tak Sedar!
  4. Toskan.Resepi Mudah Popia Inti Sayur Yang Sedap, Makan Habis 5 Biji Pun Tak Sedar!

Bahan kuah:

  • Cili kering
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Gula merah
  • Gula pasir
  • Garam

Cara-cara:

  1. Kisarkan cili kering, bawang putih dan bawang besar.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan bahan kisar tadi.
  3. Bila agak-agak cili dah masak, masukkan sedikit air, sos, secubit garam, gula pasir dan gula merah. Pastikan secukup rasa.
  4. Siap untuk dihidang.Resepi Mudah Popia Inti Sayur Yang Sedap, Makan Habis 5 Biji Pun Tak Sedar!

Mudah sahaja kan nak buat Popia Inti Sayur ini? Kalau buat asyik sangat makan, pasti lepas ni hari-hari nak buat. Tak kira dewasa atau kanak-kanak pasti semua suka popia macam ini.

Kredit: ‎SuiSan Aliezsha

Baca juga: Mudah Je Nak Buat Popia Pisang (Popis) Ni. Balut, Goreng Dan Nyum! Memang Puas Hati Boleh Makan Sepuasnya

Si Bunga

Penulis Daily Makan.

Semua tulisan Si Bunga