Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pelanggan Terpaksa Masak Sendiri, Abang Burger Menghilang Gara-Gara Mengalami Sembelit Berpanjangan

Pelanggan Terpaksa Masak Sendiri, Abang Burger Menghilang Gara-Gara Mengalami Sembelit Berpanjangan

Kategori:
TERPAKSA MASAK SENDIRI

Sesiapa sahaja pernah mengalami masalah sembelit. Perkara itu disebabkan atas beberapa faktor dan boleh menyebabkan ketidakselesaan. Walaupun tidak membahayakan nyawa, masalah sembelit ini boleh mengganggu aktiviti harian. Seperti apa jua penyakit, ia boleh terjadi di mana-mana tempat dan keadaan. Bahkan ketika bekerja juga ia boleh berlaku.

Jika masalah tersebut berlaku di tempat kerja, perkara itu akan menggangu kerja seseorang sehingga memaksa orang lain untuk mengambil alih tugas bagi memastikan operasi di tempat kerja sentiasa berjalan dengan lancar.

Terpaksa Masak Sendiri

Seperti yang baru sahaja berlaku kepada seorang pelanggan yang terpaksa masak sendiri burgernya di sebuah gerai makan gara-gara peniaga tersebut terpaksa menghilangkan diri ke tandas kerana mengalami sembelit.

Terhibur akan hal itu dan mungkin kerana terlalu lama menunggunya, pelanggan itu, keknisfc_braces, memuat naik sebuah video dan berkongsi gelagatnya yang terpaksa masak burger dengan sendirinya. Ditemani oleh seorang lagi pelanggan yang menanti sepertinya, kelibat peniaga tersebut masih lagi belum kelihatan.

@keknisfc_braces Ko sembelit ke dik..lama samgat ni #fyp #foodtiktok ♬ the psycho intro gone wrong ㅠㅠ – Arielle

Best Pula Masak Burger Sendiri

Menjengah di ruangan komen, warganet jelas terhibur melihat gelagat wanita tersebut. Malah menurut mereka, nampak seronok pula bila masak sendiri. TERPAKSA MASAK SENDIRI

Kalau Datang Pelanggan Lain Pula Mesti Gelabah

Namun, jika pelanggan lain yang datang untuk memesan burger dan meyangka bahawa dia peniaga gerai burger tersebut, sudah pasti dia akan berasa gelabah. TERPAKSA MASAK SENDIRI

Jika mempunyai masalah sembelit, segera mendapatkan rawatan. Jika anda mempunyai pekerja lain yang boleh mengambil alih tugas anda, adalah lebih elok dari membiarkan pelanggan anda pula yang memasak. Kesian pula pada mereka. Tapi bagus juga tindakan wanita ini kerana telah memudahkan urusan peniaga tersebut.

Kredit: TikTok keknisfc_braces

Baca Juga: Dia Akan Pergi Order Makanan..” Setiap Kali Makan, Suami Hidangkan Semuanya. Wanita Syukur Dapat Orang Yang Tepat

tags: