Memulakan sebuah perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah, terutamanya dalam industri makanan. Perkara ini kerana terdapat pelbagai saingan sengit dan kos sampingan yang perlu diambil kira.
Namun, para peniaga tidak seharusnya mengambil jalan yang mudah bagi mendapatkan untung yang berlebihan. Hal itu akan menyebabkan pelanggan kecewa dan hilang kepercayaan sekaligus menjejaskan perniagaan si pelaku dalam jangka masa yang lama.
Seperti mana yang telah dikongsikan baru-baru ini pada seorang pelanggan, roromoroll di laman TikTok yang baru sahaja beria ingin menikmati hidangan nasi goreng sotong yang dibeli tapi kecewa apabila mendapati harga yang dibayar tidaklah berbaloi dengan apa yang diperolehi.
Memuat naik sebuah video, individu tersebut meluahkan rasa kecewa dengan nasi goreng yang dibeli apabila mendapati sotong yang telah dimasak adalah terlalu kecil dan nipis.
Malah jika dilihat, nasi goreng itu kelihatan kurang menarik dan tidak dihiasi dengan sayur-sayuran atau lauk-pauk. Walaupun begitu, individu tersebut melahirkan rasa syukur kerana masih lagi mampu menikmati makanan yang ada.
https://www.tiktok.com/@roromoroll/video/7053407624573816091?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052513906526406145
@roromorollsenipis iman tapi Alhamdulillah ada makanan ☺️👍🏻♬ original sound – mina🧃 – Tik Toker
Menjengah di ruangan komen, segelintir netizen berasakan bahawa kuantiti sotong dalam hidangan tersebut amatlah mengecewakan dan memohon agar para peniaga meniaga dengan lebih jujur dan ikhlas ketika mencari rezeki.
Dari rupa hidangan itu, ada juga yang berasakan bahawa harga yang dibayar adalah tidak berpatutan dengan apa yang diperolehi.
Seharusnya peniaga tidak ambil jalan mudah ketika meniaga. Pelanggan mempunyai hak untuk meluahkan rasa kekecewaan mereka jika inilah yang diperolehi. Semoga hal ini akan membantu peniaga yang bertanggungjawab untuk membaiki diri dan cara mengoperasikan perniagaan mereka.
Kredit: TikTok roromoroll
Baca Juga: Lelaki Ini Dedah Cara Nak Bersihkan Minyak Masak Yang Kotor, Boleh Guna Balik Tanpa Sisa Kotoran!