Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tukang Masak Ini Kongsi Ilmu Pengasih & Rahsia Besar Masak Nasi. Barulah Nasi Sedap & Cantik 

Tukang Masak Ini Kongsi Ilmu Pengasih & Rahsia Besar Masak Nasi. Barulah Nasi Sedap & Cantik 

Kategori: ,
cara masak nasi

Nasi merupakan antara makanan ruji kebanyakan rakyat Malaysia dan juga orang-orang Asia Tenggara. Dengan nasi ini pelbagai hidangan dan masakan yang kita boleh sediakan. Walaupun nasi ini agak sinonim dimakan dengan lauk pauk lain namun ada juga nasi tomato, nasi minyak dan nasi goreng yang lebih enak.

Makanan asasi yang berasal dari beras ini adalah wajib dimasak terlebih dahulu. Namun bab memasak nasi ini pasti ramai yang tidak tahu cara yang betul. Kalau betul cara masak nasi ini, rasanya lebih sedap dan enak tau. Malah nasi juga kelihatan cantik dan bersinar.

Untuk menghasilkan nasi yang sedap, enak dan kelihatan cantik ada caranya yang tersendiri. Bukan main masak sahaja. Nak tahu cara tersebut? Jom kita ikuti pendedahan tukang masak ini.

Cara Betul & Ilmu Pengasih Masak Nasi Agar Sedap Dan Cantik

Malam ni orang rumah sibuk. Saya rela paksa masak nasi putih. Masak nasi putih ni pun ada rahsia besar. Bukan masak begitu sahaja. 

Selama 25 tahun saya belajar, bekerja, bergelumang dan mencari rezeki melalui perniagaan makanan. Malam ini saya akan bagi ilmu yang paling penting sekali dalam bidang masakan. 

Saya nak kongsikan ilmu pengasih yang digunakan oleh kebanyakan kedai-kedai nasi campur dan juga nasi lauk kenduri kahwin. Kadang-kadangt bila kita makan nasi dekat kedai memamng sedap. Lepas tu orang kata kedai tu pakai jin, pakai bomoh, pakai hantu dan macam-macam lagi. 

Perkongsian ilmu pengasih untuk anda. Anda boleh gunakan ilmu ini supaya suami anda lebih sayang sebab masak lagi sedap. Setiap kali masak nasi putih, bacalah Bismillah dan selawat masa basuh beras. Ikutlah berapa kali nak dibaca. 

Masa nak masak nasi. Masukkan sedikit garam dan minyak dalam nasi yang nak dimasak. Masukkan daun pandan. Kena pandai agak-agak supaya tak terlalu masin dan berminyak. Sukatan air nasi adalah seperti biasa. Apa tujuannya?

Minyak berfungsi supaya nasi tidak melekat dan sentiasa berderai. Garam pula untuk bagi nasi putih ada “rasa” bila kita makan begitu saja atau dengan lauk berkuah. Daun pandan supaya nasi wangi satu dapur bila dah mendidih. 

Kalau masak nasi selain nasi putih: Nasi tomato, nasi minyak dan lain-lain. Ikutlah cara ini beserta masukkan 3 atau 4 ketul gula batu bertujuan mengilatkan nasi supaya lebih cantik. 

Inilah rahsia besar kedai-kedai makan dan para tukang masak. Saya redha kalau lepas ni ada yang pm saya kenapa “bodoh sangat” bagitahu rahsia. Tujuan saya ilmu yang diamalkan, saya akan dapat pahala berterusan. Tak salah kan? – Chef Shukri 

Tak sangka kan nak masak nasi putih biasa pun ada caranya yang tersendiri juga kan? Patutlah bila kita makan nasi yang dekat kedai dan masak sendiri di rumah, rasanya banyak perbezaan. Jadi jangan lupa ya, amalkan cara atau tips yang dikongsikan oleh Chef Shukri ini setiap kali masak nasi.

Kredit: Ahmad Shukri Amiruddin

Baca juga: Nasi Semalam Tak Habis? Jom Gunakan Untuk Menyediakan Nasi Goreng Ikan Lada Hitam

tags: | |