Tak semua orang bernasib baik dan mempunyai kehidupan yang mewah dan mampu mendapatkan segalanya. Malah, ada yang terpaksa mengikat perut demi meneruskan kehidupan. Keadaan ekonomi yang mencabar juga memaksa sesetengah individu untuk berjimat-cermat.
Namun bila mempunyai sebuah keluarga, hal itu lebih merumitkan. Bukan sahaja kerana perlu menggunakan perbelanjaan yang banyak demi membeli keperluan keluarga, kadang-kadang ibu bapa juga tidak sampai hati melihat anak-anak kelaparan dan bosan asyik makan di rumah.
Untuk menggembirakan hati anak-anak, para ibu bapa akan membawa mereka untuk makan di kedai makan walaupun terpaksa berjimat cermat. Hal itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna, syazwanaznee di laman TikTok.
Keluar bersama keluarga di sebuah kedai makan untuk meluangkan waktu bersama sambil menggembirakan anak-anak, lelaki itu bagaimanapu hanya mampu memesan sepinggan laksa untuk dikongsikan bersama.
Tak mampu belanja keluarga lagi buat masa sekarang, bagaimanapun anak-anaknya tidak merungut ketika berkongsi hidangan tersebut. Malah, mereka kelihatan sopan ketika berkongsi makanan sesama mereka.
@syazwanaznee Tak ada rezeki lg nak order seorang satu.. Hanya mampu berkongsi je anak2 😭😭#fyp #fypage #foryou #fypシ
@syazwanaznee Tak ada rezeki lg nak order seorang satu.. Hanya mampu berkongsi je anak2 😭😭#fyp #fypage #foryou #fypシ ♬ Ya Allah – Wali
Menjengah di ruangan komen, netizen bersimpati dengan nasib keluarga itu. Tidak mampu melihat anak-anak mereka terpaksa berkongsi makanan, ada juga yang ingin menghulurkan bantuan pada mereka.
Mana-mana ibu bapa ingin mencuba sebaik mungkin untuk menunaikan permintaan anak-anak walaupun tidak berkemampuan. Mungkin sekarang kita belum lagi mampu memberikan yang terbaik namun bila sudah senang dan dipermudahkan rezeki, kita boleh berbuat demikian. Kesempitan hidup ini juga mengajar kita erti syukur dan menghargai setiap detik bersama keluarga.
Kredit: TikTok syazwanaznee