Rakyat Malaysia amat menggemari sambal. Sudah wujud sejak dahulu lagi, malah setiap bangsa mempunyai resepi sambal sendiri yang menjadikannya unik dan enak dimakan. Bagi anda yang menggemarinya, sudah tentu tak lengkap mana-mana hidangan jika tak dimakan bersama sedikit sambal.
Bagi anda yang ingin mencuba resepi sambal baharu, boleh cuba menyediakan sepinggan sambal hijau jawa. Resepi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna di laman Facebook, Azian Syazni Adanan di group Masak Apa Hari Ni (MAHN).
Pastikan anda menggunakan cili padi berwarna hijau untuk mendapatkan warnanya. Hidangan ini mudah untuk disediakan dan hanya menggunakan beberapa bahan sahaja. Bagi penggemar aneka sambal, ianya wajib dicuba. Rasa pedasnya yang menyengit menjadikannya sangat enak dimakan bersama sepinggan nasi putih atau ubi rebus yang telah direbus.
Jangan lupa untuk cuba dan kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.
Kredit: Azian Syazni Adanan via MAHN