Dengan perkembangan teknologi yang semakin maju, pelbagai gadget dan alat telah diperkenalkan bagi memudahkan urusan hairan. Malah jika dilihat sekarang, pakar-pakar telah berjaya mencipta gadget yang mampu melakukan pelbagai perkara.
Kini dengan pengenalan teknologi robot, ianya diimplementasi secara berperingkat di sesetengah tempat. Malah di Malaysia, ada juga beberapa restoran yang menggunakannya bagi membantu menjalankan operasi perniagaan. Penggunaannya akan membuat sesiapa sahaja berasa kagum kerana ianya masih lagi jarang ditemui.
Seperti mana yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna, acak_east, di laman TikTok, yang berasa terkejut dan terpegun apabila melihat sebuah robot di kedai makan.
Tak pernah dilihatnya, individu itu memerhatikan gelagat sebuah robot yang telah digunakan di kedai makan untuk menghantarkan pesanan pada kesemua pelanggan. Dengan rupanya yang sama seperti seekor kucing, dia berasa terhibur.
Dengan ketepatan robot itu menjalankan tugasnya, individu itu berasa kagum. Teknologi itu dikendalikan sebaik mungkin dan mampu memudahkan pekerjaan pemilik kedai makan itu. Setelah menghantarkan pesanan, robot itu akan kembali ke kaunter untuk mengulangi tugasnya.
@acak_east Robot hantar air mana waiter #fyp #foryoupage #foryou #qbistro
@acak_east Robot hantar air mana waiter #fyp #foryoupage #foryou #qbistro ♬ Kucu Kuca – Chorus – Lia Aziz
Menjengah di ruangan komen pula, netizen turut kagum dengan penggunaan teknologi robot tersebut. Jarang ditemui, ia merupakan sesuatu yang bermanfaat dan mampu memudahkan operasi perniagaan.
Penggunaan teknologi robot ini sangat berguna dan mampu memberikan sedikit bantuan pada peniaga, lebih-lebih lagi jika kedai makan sedang sesak dan tidak cukup pekerja untuk menghantarkan pesanan. Canggih dan hebat, tidak hairan mengapa ramai yang kagum melihat gelagat robot-robot.
Kredit: TikTok acak_east