Anak-anak ini merupakan sebuah tanggungjawab yang besar. Lebih-lebih lagi bila di luar, anak-anak perlu dipantau, dididik untuk berhati-hati dan dipimpin apabila menyeberangi sebuah jalan raya supaya dapat mengelakkan sebarang hal yang tidak diingini.
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan anak-anak. Namun, bila mereka terlalu teliti dan menjaga, hal lain pula yang akan berlaku. Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang pengguna, auroraalisha, di laman TikTok.
Mengunjungi salah sebuah cawangan Chatime, keluarga itu ke sana untuk mendapatkan minuman teh susu yang sangat dikenali ramai. Setelah membelinya, wanita itu merakam gelagat suaminya bersama anak perempuan mereka ketika menyeberangi jalan raya.
Setelah itu, dia mula menyedari hal aneh yang sedang berlaku. Apabila diperhatikan, wanita itu terkejut apabila melihat cara suaminya memegang cawan minumannya telah menyebabkan minuman itu tertumpah di atas lengan anaknya. Disiram minuman Chatime, namun anaknya kelihatan bersahaja dengan hal itu.
@auroraalisha18♬ You Are My Sunshine – Jasmine Thompson
Menjengah di ruangan komen, segelintir warganet berasa terhibur dengan kecuaian suaminya sehingga telah menyebabkan perkara itu. Namun, jelas ianya tidak disengajakan memandangkan si bapa terlalu teliti bagi memastikan jalan raya sudah selamat untuk diseberangi.
Hal itu bukanlah sesuatu yang disengajakan. Kadang-kadang si ayah itu terlalu leka dan berhati-hati sehingga lupa sedang mempunyai minuman di tangan. Nasib baik ianya bukanlah minuman panas dan tidak mengakibatkan apa-apa kecederaan. Ibu hanya mampu sabar sahaja.
Kredit: TikTok auroraalisha