Bagi mereka yang pernah tinggal di kawasan desa dan perumahan, kelibat seorang pak cik yang membawa pelbagai barangan dapur sepeti bawang, kuih-muih, ikan segar dan rempah-ratus untuk dijual sering dinantikan. Hal itu memudahkan orang ramai dan mereka tidak perlu keluar ke pasar untuk mendapatkan barangan dapur.
Namun semenjak pengenalan pelbagai perkhidmatan penghantaran barangan ke rumah dan penularan wabak Covid-19, peniaga seperti itu sudah jarang kelihatan. Bila ternampak sahaja mereka, sudah tentu para suri rumah dan anak-anaklah yang teruja untuk membeli.
Seperti mana yang baru sahaja dikongsikan di laman TikTok oleh seorang pengguna, hilmi4911, yang pada mulanya berasa hairan apabila melihat seorang budak sedang melarikan diri dari sebuah lori ais krim yang meronda kawasan perumahannya.
Tanpa membuang masa, lelaki itu teruja dan keluar dari rumah untuk memeriksa kekecohan tersebut. Setelah mendekati lori itu, rupanya ia bukan sahaja menjual ais krim tapi turut beberapa barangan dapur seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Memandangkan sudah berada di sana, lelaki itu terus membeli barangan mentah untuk dimasak. Mudahnya bila ada kedai runcit bergerak.
@hilmi4911 Ingatkan lori aiskrim. Rupanya…. #fyp#fypdongggggggg#fypシ゚viral#sabahantiktokers#fypage#lastpaperexamipgm
@hilmi4911 Ingatkan lori aiskrim. Rupanya…. #fyp#fypdongggggggg#fypシ゚viral#sabahantiktokers#fypage#lastpaperexamipgm ♬ original sound – Hilmi
Menjengah di ruangan komen, netizen turut mengimbau kenangan indah sewaktu kecil-kecil dahulu. Jika dahulu, kedai runcit bergerak sering kelihatan dimana suri rumah boleh mendapatkan barangan dapur dengan mudah.
Kedai runcit bergerak ini semestinya menimbul pelbagai kenangan indah ketika kecil dahulu bagi segelintir individu. Ibu-ibu dan nenek-nenek gemar membeli barangan dapur dan kuih-muih bila peniaga ini muncul. Semestinya ia sebuah memori indah yang tidak akan dilupakan.
Kredit: TikTok hilmi4911