Manusia yang waras dan mempunyai keperibadian yang sempurna semestinya tidak suka dengan keadaan yang kotor dan jijik. Hal itu boleh menyebabkan badan berasa tidak selesa dan boleh mengundang beberapa penyakit. Namun, ada segelintir individu yang mengambil lewa soal kebersihan dan berasa selesa dengan persekitaran yang kotor.
Hal itu bukan sahaja menyusahkan diri, bahkan orang lain yang tinggal bersama. Bila menyewa, janganlah menjadi penyewa dari ‘neraka’ dan meninggalkan bilik atau rumah yang disewa dalam keadaan yang kotor dan bersepah. Perkara itu boleh membuat pemilik dan penghuni yang lain berasa berang.
Perkara itulah yang terjadi pada seorang pengguna, amirulrizalmahuran, yang telah berkongsi pengalamannya yang mengejutkan dengan seorang penyewa dari ‘neraka’ yang telah tinggal di sebuah bilik di rumah yang disewakan olehnya.
Video yang telah dimuat naik memaparkan keadaan bilik sewa tersebut yang telah dikemas dengan rapi dan dilengkapi dengan perabot sebelum ianya disewa oleh seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab. Selang beberapa saat, pendedahan keadaan bilik tersebut setelah ia disewakan amatlah menyedihkan.
Bukan sahaja dicemari dengan sampah-sarap dan habuk, malah pemilik turut mendakwa bahawa penyewa tersebut turut memakan ikan mentah di bilik tersebut dan meninggalkan sisanya di dalam bilik. Tak cukup dengan itu, sebotol air mineral yang diisi dengan air kencing turut ditemui. \
Apa yang lebih menyedihkan penyewa lain turut mendakwa bahawa penyewa tersebut tidak pernah mandi selama tinggal di sana. Meskipun kelihatan mewah dan tidak mempunyai masalah membayar sewanya secara bulanan, kebersihannya tidak dijaga sehingga menyusahkan orang lain dengan bau busuk dari biliknya.
@amirulrizalmaruhan #fypシ #fypage #fypシ゚viral #penyewapengotor #penyewapuaka #foryou ♬ Gadis Dan Bunga – Rahimah Rahim
Menjengah di ruangan komen, warganet berasa terkejut melihat keadaan bilik sewa tersebut. Dengan keadaan sebegitu, sesiapa sahaja yang normal tidak akan berasa selesa jika tinggal dengan keadaan sebegitu.
Sebagai penyewa, kebersihan bilik atau rumah sudah menjadi tanggungjawab apabila mendiami di sana. Janganlah menjadi penyewa dari ‘neraka’ dan menyebabkan orang lain berasa tidak selesa.
Kebersihan juga perlu dijaga bagi mengelakkan sebarang penyakit dan haiwan perosak. Malah, kebersihan diri dan rumah turut mencerminkan keperibadian diri sendiri, jadi jagalah ia sebaik mungkin.
Kredit: TikTok amirulrizalmahuran
Baca Juga: Hairan Melihat Seorang Budak Melarikan Diri Dari Sebuah Lori, Bila Diperiksa Rupanya Ia Membawa..