Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Kalau Dah Biasa, Senang Jer.” Kongsi Video Cara Buang Kulit Ayam Dengan Mudah, Bakat Abang Ini Buat Netizen Kagum

“Kalau Dah Biasa, Senang Jer.” Kongsi Video Cara Buang Kulit Ayam Dengan Mudah, Bakat Abang Ini Buat Netizen Kagum

Kategori:
CARA BUANG KULIT AYAM

Daging ayam dijual di mana-mana tempat. Ianya mudah didapati dan pelanggan boleh meminta peniaga untuk memotong atau membuang mana-mana bahagian yang tidak diingini. Namun, tak semua peniaga mempunyai kemahiran yang hebat dalam menyiang daging tersebut. Merupakan sesuatu bakat yang perlu sentiasa diasah, bahkan segelintir suri rumah juga tidak mampu menyiang isi ayam yang telah dibeli dengan mahir sekali.

Kongsi Video Cara Buang Kulit Ayam

Baru-baru ini, seorang peniaga, ikan.ayam.fresh, memuat naik sebuah video dan berkongsi cara buang kulit ayam di laman TikTok. Video itu dimuat naik bagi menunaikan permintaan penonton yang ingin tahu caranya.

Sempoi dan sedia menjawab permintaan, dia terus merakam dan berkongsi cara mudah untuk melakukannya. Menggunakan sebilah pisau memotong yang sudah ditajamkan, dia memotong dan membuang beberapa bahagian iaitu kepala, tongkeng dan kaki ayam. Setelah itu melakukan belahan di tengah-tengah dada bagi melakukan sedikit pembukaan untuk menarik kulit ayam tersebut.

Mahir dilakukan, akhir sekali hasilnya kelihatan kemas dan mudah. Namun, sudah tentu tak semua orang mampu melakukannya. CARA BUANG KULIT AYAM

https://www.tiktok.com/@ikan.ayam.fresh/video/7028841236215696666?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052513906526406145

@ikan.ayam.fresh Balas kepada @shafiqsaad93 ♬ bunyi asal – ikan.ayam.fressh – ikan ayam fresh

Netizen Kagum Dengan Kemahiran Abang Itu

Menjengah di ruangan komen, kemahiran dan bakat abang itu dikagumi para netizen. Menjawab salah satu komen yang telah ditinggalkan, lelaki itu berkongsi bahawa bakat yang ada ini baru sahaja dipelajarinya dan masih perlu diperbaiki serta diasah. CARA BUANG KULIT AYAM

Minta Kongsi Lagi Video Sebegini

Terhibur dan kagum dengan kemahirannya, ada juga yang meminta agar abang itu kongsikan lagi pelbagai jenis cara memotong bahagian ayam. CARA BUANG KULIT AYAM

Jangan memandang rendah pada mereka yang mempunyai bakat sebegini. Sudah tentu kemahiran sebegini perlu sentiasa diasah dan sangat berguna bagi mereka yang sentiasa berada di dapur.

Kredit: TikTok ikan.ayam.fresh

Baca Juga: Penyewa Dari ‘Neraka’ Tak Pernah Mandi & Makan Ikan Mentah, Keadaan Bilik Sewa Yang Menyedihkan Buat Pemilik Kecewa

 

tags: