Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Cuba Resepi Mochi Susu, Pencuci Mulut Yang Comel, Chewy & Sedap Bila Dimakan

Jom Cuba Resepi Mochi Susu, Pencuci Mulut Yang Comel, Chewy & Sedap Bila Dimakan

Kategori: ,
RESEPI MOCHI SUSU

Mochi merupakan pencuci mulut dari negara Jepun. Dengan teksturnya yang kenyal dan pelbagai inti, ia sangat digemari ramai dan boleh didapati di mana-mana restoran Jepun.

Ramai yang menyangka bahawa penyediaan kuih mochi ini susah tapi tak juga. Jika anda mahukan mochi yang simple sahaja, anda boleh menyediakannya sendiri di rumah dengan mengikuti resepi mochi susu ini yang telah dikongsikan oleh Zarina Ina di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Resepi Mochi Susu

Bahan-Bahan

  • 200 gram tepung pulut
  • 1 cawan susu cair
  • 8 sudu besar
  • Tepung jagung (disangai untuk ditaburkan ke atas mochi)
  • Pewarna makanan pilihan anda

Cara Penyediaan

  1. Campurkan semua bahan kecuali tepung jagung yang telah disangai dan kacau sehingga sebati semua bahan.
  2. Kukuskan campuran selama setengah jam. Kemudian, keluarkan dan tunggu sehingga ianya suam.
  3. Sambil itu, ambil plastik makanan (dapatkan di sini) dan sapukan dengan minyak.
  4. Letakkan mochi di atas plastik yang telah disapu dengan minyak dan ratakan dengan ketebalan setengah inci. RESEPI MOCHI SUSU
  5. Taburkan tepung jagung yang telah disangai.
  6. Potong kecil-kecil dan gaulkan mochi tersebut untuk elakkannya dari melekat. RESEPI MOCHI SUSU
  7. Siap untuk dinikmati. RESEPI MOCHI SUSURESEPI MOCHI SUSU

Nampak comel sahaja kuih mochi ini, kan? Bagi anda yang sudah malas untuk selalu membeli bila teringin kuih ini, anda boleh menyediakannya sendiri di rumah dengan resepi ini. Sediakan banyak-banyak dan makanlah bersama keluarga. Sudah tentu anak-anak akan menggemarinya.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.

Kredit: Zarina Ina via MAHN

Baca Juga: Tak Perlu Beli Lagi, Ini Caranya Untuk Buat Sendiri Mi Kuning Homemade Di Rumah. Boleh Digunakan Dalam Pelbagai Resepi

tags: |