Tradisi dan ajaran keluarga dari turun temurun perlu sentiasa diperlihara dan disampaikan pada setiap generasi. Hal ini bagi memelihara warisan keluarga supaya tidak dilupakan.
Setiap keluarga juga mempunyai teknik-teknik dan kaedah penyediaan makanan dan memasak yang sudah disampaikan oleh nenek moyang mereka. Walaupun kaedah mereka aneh bila dipandangan orang luar, ianya merupakan tradisi dan ilmu keluarga yang sangat berguna dan perlu sentiasa diamalkan dan dijaga.
Terbaru, seorang pengguna laman TikTok, zulaikz98, memuat naik sebuah video dan kongsi cara siang ikan keli mengikut ajaran yang telah disampaikan oleh neneknya.
Menurutnya, hal pertama yang telah diajarkan oleh neneknya ketika dia mula berjinak ke dapur adalah cara menyiang ikan keli. Walaupun teknik itu agak leceh, tapi cara itu merupakan teknik turun temurun keluarganya yang perlu sentiasa diamalkan.
Lain dari orang lain, cara unik keluarga mereka adalah dengan membuang kulit ikan keli menggunakan playar sehingga hanya tinggal isi lalu dikikis bahagian kepala. Seterusnya, wanita itu membuang segala darah beku yang berada di isi ikan tersebut.
@zulaikz98 Benda pertama nenek ajar ialah cara siang ikan keli. Agak leceh tapi kene ikut jugak sebab ni cara turun temurun kami 🙂
@zulaikz98Benda pertama nenek ajar ialah cara siang ikan keli. Agak leceh tapi kene ikut jugak sebab ni cara turun temurun kami 🙂♬ Gadis Dan Bunga – Rahimah Rahim
Namun bila menjengah di ruangan komen, teknik wanita itu dipersoalkan warganet kerana membuang kulit ikan keli, sesuatu yang sangat jarang dilakukan orang ramai.
Setiap orang mempunyai cara-cara tersendiri. Mungkin pelik bagi mereka yang menyaksikan, namun teknik wanita ini merupakan ajaran turun temurun keluarga yang sudah lama diamalkan. Belum cuba belum tahu, mungkin ianya sangat berkesan. Walau apapun, perkongsiannya itu sangat bermanfaat dalam mengajar orang lain cara untuk siang ikan keli.
Kredit: TikTok zulaikz98