Setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Jika pernah menyakiti sesiapa, seeloknya kita meminta maaf agar dapat membersihkan diri dari dosa. Tanpa kemaafan mereka, sudah tentu kita hidup kita menjadi tidak tenang dan sentiasa dibayangi rasa bersalah.
Sebelum terlambat, sebaiknya kita bersemuka dengan individu yang telah kita menyalahi. Hidup ini terlalu singkat, walaupun sakit, meminta maaflah sebelum ianya terlambat.
Terbaru, seorang lelaki, qaeykiki, berasa kecewa dan menyesal dengan kesalahan masa silamnya. Memuat naik sebuah video di laman TikTok, lelaki itu berkongsi bahawa dia pernah mencuri ayam dari seorang peniaga untuk dijual dan mendapatkan untung. Tak bangga dengan dosa yang pernah dilakukan, lelaki itu terdetik untuk meminta maaf pada peniaga tersebut.
Namun, semuanya terlambat kerana lelaki itu mendapat berita bahawa peniaga itu telah meninggal dunia baru-baru ini. Menyediakan wang untuk disedekahkan pada keluarga arwah, niat lelaki itu berkongsi video tersebut adalah dengan harapan para penonton turut mendoakan arwah bersemadi dengan aman dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.
@qaeykipi Bukan nak menunjuk, tlg fikir positif. Saya harap yg tngok video ni doakn arwah semoga tennag di sana. Amin #fyp #fypシ
@qaeykipi Bukan nak menunjuk, tlg fikir positif. Saya harap yg tngok video ni doakn arwah semoga tennag di sana. Amin #fyp #fypシ ♬ Biarlah Semua Berlalu – Willy Anggawinata
Menjengah di ruangan komen, warganet turut mendoakan agar arwah tenang di sana.
Jika berbuat salah, adalah menjadi satu tanggungjawab untuk meminta maaf pada mereka yang telah kita sakiti. Walaupun tuannya sudah tiada, sebaiknya kita berbuat baik dan cuba perbaiki kesalahan yang lalu.
Tindakan lelaki ini seharusnya mendapat pujian kerana mencuba sebaik mungkin untuk memohon maaf pada arwah peniaga itu. Semoga dia dimaafkan dan kita sama-sama mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang mulia.
Kredit: TikTok qaeykiki