Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Terus Tak Syok Weh!” Mood Bercuti Dengan Kawan-Kawan Terus ‘Spoil’ Gara-Gara Perlu Hadap Drama Hubungan

“Terus Tak Syok Weh!” Mood Bercuti Dengan Kawan-Kawan Terus ‘Spoil’ Gara-Gara Perlu Hadap Drama Hubungan

Kategori:
mood bercuti

Zaman muda tak selamanya. Jika berpeluang, ambil lah peluang sebaik mungkin untuk bercuti bersama kawan-kawan untuk mencipta pelbagai memori indah. Hal itu sangat seronok sambil boleh melupakan segala masalah kehidupan. Namun, dalam suasana riang sebegitu, pasti akan ada sesetengah individu yang akan tampil untuk mengeruhkan keadaan.

Mood Bercuti Dengan Kawan-Kawan Terus ‘Spoil’

Seperti mana yang berlaku baru-baru ini pada seorang pengguna (identiti dirahsiakan) laman TikTok, yang berasa tidak senang apabila perlu melihat salah seorang kawannya menghadapi masalah hubungan.

Seronok bercuti bersama, sekumpulan kawan-kawan itu meluangkan masa di sebuah kedai makan untuk menikmati hidangan yang telah dipesan. Namun, hal yang tidak dijangka telah berlaku apabila salah seorang kawannya kelihatan suram dan sibuk melayani handphone meskipun kawan-kawan yang lain berselera dan rancak berbual.

Menyedari bahawa dia sedang menghadapi masalah dalam perhubungannya, mood bercuti bersama kawan-kawannya terus rosak gara-gara pasangan kawannya yang memilih masa kurang tepat untuk bergaduh.

Terus Rosak Suasana

Menjengah di ruangan komen, warganet bersetuju bahawa hal sebegitu boleh merosakkan mood dan keseronokkan seseorang. mood bercuti

Lebih Baik Tinggalkan

Malah, ada juga yang menggesa untuk meninggalkan pasangan yang kurang memahami dan bermasalah. Seharusnya sebuah hubungan itu baik dan membina, bukannya menambahkan masalah dan memeningkan. mood bercuti

Sebagai pasangan, kita seharusnya memahami bahawa kadang-kadang pasangan kita juga perlu meluangkan waktu bersama kawan-kawan mereka dan berseronok. Tak perlu sentiasa berkepit dan bersama selalu, lebih-lebih lagi jika belum kahwin, kepercayaan dan ruang itu juga penting dalam sesuatu hubungan bagi ianya sentiasa berkekalan.

Baca Juga: “Dijemput Tapi Tak Diajak..”, Lihat Story Family Sedang Seronok Makan Bersama, Wanita Ini Sedih ‘Dipulaukan’ Keluarga

tags: