Nama sudah manusia, tentu ada yang baik dan ada juga yang buruk. Bagi mereka yang sudah lama melibatkan diri dalam industri F&B (Food & Beverages), sudah tentu pernah menemui pelanggan dari ‘neraka’ yang telah bertindak tidak bertanggungjawab dan selalu menyusahkan peniaga.
Tak cukup dengan menyusahkan, individu sebegini juga boleh mengakibatkan kerugian dan menyebabkan para peniaga berasa putus semangat dan kecewa ketika sedang berusaha mencari rezeki yang halal.
Terbaru, seorang peniaga, berkongsi peristiwa sedih yang baru sahaja berlaku padanya. Berkongsi hal itu di laman TikTok menerusi akaun, meatballicious_, peniaga itu pada mulanya berasa teruja apabila menerima satu pesanan dari salah seorang pelanggannya. Ingin dihantarkan pada rumahnya pada jam tiga petang, peniaga tersebut dan pekerjanya tidak membuang masa untuk menyiapkannya.
Namun apabila makanan sudah siap dibungkus dan sedia untuk dihantar, pelanggan itu menyepi. Meminta lokasi dan cuba dihubungi, segala mesej dari peniaga itu tidak dilayani. Walaupun status WhatsApp pelanggan itu tetap online, tapi dia masih lagi tidak mengedahkan cubaan peniaga itu untuk menghubunginya.
Walaupun cuba untuk menelefon melalui nombor pekerja, pelanggan itu masih lagi tidak menjawab segala panggilannya. Akhir sekali peniaga itu telah diblock oleh pelanggan tersebut. Menyedari dirinya telah kena scam dengan pelanggan itu, dia hanya mampu berdoa agar pelanggan itu diberikan hidayah dan peniaga diluar sana tidak ditimpa peristiwa sama.
@meatballicious.cafe Kalau kita mudahkn urusan orang insya allah Allah mudahkn urusan kita😔 kami hnya anggap itu bukn rezeki kami. #fyp #fypシ #myfoodie #meatballicious
@meatballicious_ Kalau kita mudahkn urusan orang insya allah Allah mudahkn urusan kita😔 kami hnya anggap itu bukn rezeki kami. #fyp #fypシ #myfoodie #meatballicious ♬ original sound – FahimiR
Bersimpati dengan nasib yang telah menimpa peniaga tersebut, warganet menasihatkannya untuk lebih berhati-hati dan mengambil beberapa langkah supaya hal sebegini tidak berlaku lagi.
Tak sangka ada juga segelintir individu yang sanggup berbuat sebegini pada para peniaga yang sedang gigih mencari rezeki. Sebelum bertindak sebegini, ingatlah bahawa apa yang kita lakukan pada orang lain sudah pasti akan dibalas balik. Jika berbuat jahat dan menyusahkan orang lain, sudah tentu hal itu akan terjadi pada diri kita suatu hari nanti.
Kredit: TikTok meatballicious_