Restoran makanan segera antarabangsa McDonald’s sudah semestinya sangat dikenali di Malaysia. Dengan aneka pilihan, kentang goreng McDonald’s sudah tentu menjadi antara menu ikoniknya. Ia boleh didapati secara Ala Carte atau dalam bentuk set. Pelanggan juga boleh mendapatkannya dalam tiga saiz iaitu small, medium dan large.
Namun begitu, pihak McDonald’s Malaysia telah mengeluarkan satu pengumuman menerusi akaun Instagramnya. Mengejutkan, restoran makanan segera itu mempunyai masalah kekurangan stok kentang goreng sehingga pihak mereka terpaksa menghadkan pengeluaran. Oleh hal yang demikian, kentang goreng yang bersaiz large tidak lagi boleh didapati.
Di McDonald’s, pelanggan mempunyai pilihan untuk upgrade kentang goreng mereka kepada saiz large. Namun bermula 24 Januari 2022, hal itu tidak lagi boleh dilakukan oleh kerana pihak McDonald’s sedang menghadapi kekurangan stok kentang goreng di semua cawangan mereka di seluruh Malaysia.
View this post on Instagram
Hal itu merupakan sesuatu yang sangat mengecewakan bagi penggemar kentang goreng restoran makanan segera antarabangsa itu. Malah, ada juga beberapa peminat setia yang meninggalkan komen dan meluahkan kehampaan mereka dengan tindakan pihak McD.
Walaupun menghampakan, peminat setia McDonald’s tak perlu risau kerana hal itu hanya sementara. Pihak McD akan cuba menyelesaikan krisis ini secepat mungkin dan kentang goreng MCD bersaiz Large akan kembali di masa akan datang.
Bagi peminat McDonald’s janganlah cepat kecewa kerana anda masih lagi boleh mendapatkan kentang goreng kegemaran anda dalam saiz Medium. Sementara waktu, kita hanya boleh menanti dan berharap agar pihak McDonald’s dapat menyelesaikan isu ini secepat mungkin.
Kredit: McDonald’s Malaysia (Instagram)
Baca Juga: “Yang Setable Pun Terkejut..!” Terima Tetamu Istimewa Di McD, Staff Tiba-Tiba Sahaja..