Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Hadap Saja Sebab Lapar..”, Kedai Makan Viral Berbau Najis Kucing, Keluarga Ini Terpaksa Tahan Bau Sambil Makan

“Hadap Saja Sebab Lapar..”, Kedai Makan Viral Berbau Najis Kucing, Keluarga Ini Terpaksa Tahan Bau Sambil Makan

Kategori:
kedai makan viral

Dengan kuasa media sosial, perniagaan kecil mampu dibangunkan.  Malah, terdapat beberapa pengusaha kedai makan yang mampu mencari rezeki dengan mempromosikan kedai makan mereka di media sosial. Menjadi viral, makanan yang ditayangkan mampu menarik pelanggan untuk mengunjunginya.

Namun, ada juga segelintir kedai makan viral yang indah khabar dari rupa. Walaupun nampak menarik di media sosial, pelanggan amatlah kecewa dengan kedai tersebut bila mendapati banyak kekurangannya dari pelbagai aspek.

Kedai Makan Viral Berbau Najis Kucing

Terbaru, seorang pengguna laman TikTok, ghahnawi, memuat sebuah video dan kongsikan pengalaman yang kurang menyenangkan yang telah dialamiya dan keluarga.

Memandangkan abangnya sudah lama teringin untuk menikmati hidangan belangkas, mereka mencari sebuah kedai makan yang menghidangkannya. Terjumpa di Facebook dan tertarik, mereka terus ke kedai makan tersebut untuk menikmati hidangan itu.

Namun setelah pesanan mereka diambil, mereka terbau bau yang kurang menyenangkan. Tak ingin membungkus makanan memandangkan sudah lewat malam dan berbuat begitu merupakan hal yang leceh, mereka memilih menghadapi hal itu dan makan di sana walaupun tidak selesa.

Hilang selera dan makan secara ala kadar, hanya si ayah yang bersungguh-sungguh makan kerana terlalu lapar.  kedai makan viral

@ghahnawi😅😅😅♬ เสียงต้นฉบับ – วงดนตรีไม้เลื้อยแบนด์

Selalu Sahaja Begini

Menjengah di ruangan komen, hal sebegitu juga pernah berlaku pada segelintir warganet yang tertipu dengan apa yang ditayangkan di media sosial. kedai makan viral

Macam Nak Jatuhkan Kedai Itu..

Namun, pendedahan wanita itu juga membuat segelintir warganet berasa kurang senang dan mendakwanya ingin menjatuhkan kedai makan tersebut. Wanita itu terus memohon mereka untuk merujuk pada komen yang telah dipin di ruangan komen videonya. kedai makan viral

Tak semua peniaga seperti ini. Malah, ada yang mencuba sebaik mungkin untuk mejaga imej dan menawarkan perkhidmatan dan hidangan yang terbaik pada pelanggan mereka. Namun, oleh kerana segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan marketing sahaja, hal sebegini boleh memberi kesan pada peniaga lain.

Kredit: TikTok ghahnawi

Baca Juga: “Janganlah Halang Anak Dari Tolong Korang..”, Kongsi Gelagat Dua Beradik Di Dapur, Kerajinan Mereka Menarik Perhatian Netizen

tags: |