Jemput-jemput merupakan hidangan minum petang yang sangat digemari ramai. Bahkan, terdapat pelbagai jenis jemput-jemput yang boleh dibeli dan disediakan di rumah. Selalunya orang ramai sangat menggemari jemput-jemput pisang kerana ianya manis dan sedikit masin.
Bagi anda yang ingin mencuba resepi jemput-jemput yang baharu, bolehlah cuba resepi jemput-jemput ubi ungu yang telah dikongsikan Aisyah Ibrahim di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN). Mudah sahaja, warnanya pun kelihatan sangat menarik.
Resepi jemput-jemput ubi ungu ini sudah tentu mudah untuk diikuti. Warnanya juga kelihatan sangat menarik dan cantik dari yang lain. Jika anda tercari menu minum petang yang baharu, janganlah lupa untuk cuba resepi ini. Sudah tentu akan memuaskan hati dan selera keluarga.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.
Kredit: Aisyah Ibrahim via MAHN
Baca Juga: Jom Cuba Resepi Mochi Susu, Pencuci Mulut Yang Comel, Chewy & Sedap Bila Dimakan