Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Peniaga Kata Udang Kering..”, Temui Telur Lalat Dalam Laksa, Respon Peniaga Mengecewakan Wanita Ini

“Peniaga Kata Udang Kering..”, Temui Telur Lalat Dalam Laksa, Respon Peniaga Mengecewakan Wanita Ini

Kategori:
TEMUI TELUR LALAT DALAM LAKSA

Faktor kebersihan harus dititikberatkan oleh pengusaha kedai makan. Para peniaga perlu sentiasa memantau kebersihan premis kedai makan dan makanan yang disediakan oleh pekerja mereka agar tidak dicemari. Jika hal sebegitu terjadi, sudah tentu pelanggan akan berasa berang dan kecewa.

Namun masih ada lagi segelintir peniaga yang memandang lewa akan hal itu. Bila pelanggan menyedari akan hal itu dan cuba berhadapan dengan mereka, sudah tentu ada pelbagai alasan yang akan dikeluarkan bagi menenangkan pelanggan. Perkara itulah yang terjadi kepada seorang wanita di Singapura.

Temui Telur Lalat Dalam Laksa Tapi Ini Alasan Peniaga..

Mendedahkan hal itu menerusi akaunnya di laman TikTok, jerrypoem berasa terkilan dengan alasan yang telah digunakan oleh peniaga. Wanita itu ke sebuah kedai makan untuk menikmati sepinggan laksa.

Baru sahaja ingin menikmatinya, dia mula menyedari sesuatu yang aneh pada laksa yang telah dipesan. Setelah diperiksa, wanita itu yakin bahawa benda aneh itu merupakan telur lalat yang telah mencemari hidangannya.

Tak berpuas hati dengan hal itu, dia mengambil hidangan tersebut untuk tunjukkan pada peniaga. Namun setelah berhadapan dan menyoalkan hal itu, peniaga itu memberi pelbagai alasan dan cuba menenangkannya. Menurut peniaga itu, hal itu merupakan salah faham dan apa yang telah ditemui wanita itu adalah udang kering yang selalu digunakan dalam masakannya.

Tak berpuas hati tapi tak ingin bergaduh, wanita itu terus membawa hidangan itu kembali ke mejanya. Tapi jelas hal itu telah membuatnya hilang selera untuk makan. TEMUI TELUR LALAT DALAM LAKSATEMUI TELUR LALAT DALAM LAKSA

https://www.tiktok.com/@jerrypoem/video/7057057925746920705?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052513906526406145

@jerrypoem Anyone seen dried shrimp like this before in laksa? #vivocity_foodrepublic ♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – AizzatFromYT

Siapa Peniaga Nak Tipu?

Menjengah di ruangan komen, warganet juga tidak termakan dengan alasan peniaga tersebut. Jelas dari video yang telah dikongsikan wanita itu, apa yang telah ditemui bukanlah udang kering tapi telur lalat. TEMUI TELUR LALAT DALAM LAKSA TEMUI TELUR LALAT DALAM LAKSA

Bila hal ini sebegini terjadi, seharusnya peniaga bertanggungjawab dan tidak cuba mencari pelbagai alasan bagi melepaskan diri dari kesalahan dan kecuaian. Semoga ia menjadi pengajaran buat peniaga lain untuk lebih teliti dan cakna soal kebersihan kedai dan makanan yang telah dihidangkan.

Kredit: TikTok jerrypoem

Baca Juga: “Hadap Saja Sebab Lapar..”, Kedai Makan Viral Berbau Najis Kucing, Keluarga Ini Terpaksa Tahan Bau Sambil Makan

tags: | |