Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Beli Udang Kering La..”, Lauk Udang Sambal Petai Cecah RM24, Pelanggan Ini Hanya Mampu Menggelengkan Kepala Ketika Membayar

“Beli Udang Kering La..”, Lauk Udang Sambal Petai Cecah RM24, Pelanggan Ini Hanya Mampu Menggelengkan Kepala Ketika Membayar

Kategori:
lauk udang sambal petai

Tidak dinafikan bahawa kenaikan harga barangan mentah telah menyusahkan ramai pihak. Antara yang terkesan adalah golongan pengusaha kedai makan yang terpaksa menaikkan harga makanan yang dijual. Hal itu juga membuat pelanggan berasa tidak berpuas hati.

Untuk adil, ada para peniaga yang memaklumkan hal itu terlebih dahulu agar pelanggan sedia maklum sebelum membeli. Namun, kadang-kadang bila terlalu seronok ingin menikmati pelbagai hidangan, pelanggan tak sedar dengan pilihan yang dilakukan. Akhir sekali bila membayar, hanya mampu tergamam dengan harga yang dikenakan. Hal seperti itulah yang terjadi pada seorang pelanggan di sebuah kedai makan.

Lauk Udang Sambal Petai Cecah RM24, Pelanggan Ini Hanya Mampu Terkedu

Dikongsikan di laman TikTok oleh umieanas, wanita itu telah mengunjungi sebuah kedai makan yang menghidangkan aneka lauk untuk makan tengah hari. Antara yang menarik perhatian adalah lauk udang sambal petai. Namun, peniaga itu telah mengumumkan harga buat seekor udang itu adalah RM 3.

Walaupun begitu, wanita itu terkejut bila melihat seorang lelaki yang tetap mengambil hidangan itu. Mengambil 8 ekor udang untuk dibayar, lelaki itu bagaimanapun terkejut apabila harga lauknya mencecah RM24.

Aku dengan hal itu, lelaki itu bagaimanapun masih lagi terkejut dan hanya mampu memandang lauk udang sambal petai itu sambil menggelengkan kepalanya. Terhibur, wanita itu hanya mampu gelak dalam diam memandang gelagat lelaki itu. lauk udang sambal petai

https://www.tiktok.com/@umieanas/video/7056676530746821914?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052513906526406145

@umieanasSambil aku tgh mkn td.. dlm hati dah berdekah2 aku weiii..🤣🤣🤣♬ Funny Laugh no no no – Sound Effect

Harga Udang Memang Mahal Sekarang Ni

Menjengah di ruangan komen, warganet tidak menyalahkan hal itu pada pihak peniaga. Ini kerana harga udang sekarang ini sangat mahal dan telah mengalami kenaikan. lauk udang sambal petai

Tindakan peniaga yang telah memaklumkan hal itu adalah bagus dan perlu dipuji. Sebagai pelanggan, kita perlu peka dan jika tidak mampu menikmati lauk-pauk yang mahal, janganlah diambil.

Kredit: TikTok umieanas

Baca Juga: “Peniaga Kata Udang Kering..”, Temui Telur Lalat Dalam Laksa, Respon Peniaga Mengecewakan Wanita Ini

tags: