Setiap bulan, sudah tentu para ibu akan ke pasaraya untuk mendapatkan barangan keperluan rumah dan dapur. Oleh kerana perlu membeli banyak barangan, hal itu memakan perbelanjaan yang besar.
Memandangkan banyak yang perlu dibeli, seharusnya senarai barangan dapur perlu disediakan sebelum membeli bagi elakkan pembaziran. Namun walaupun para ibu telah mencuba sebaik mungkin untuk berjimat-cermat, barangan yang perlu dibeli serta harga yang mahal tidak dapat elakkan para ibu dari berbelanja secara berlebihan dan di luar budget yang telah ditetapkan. Hal seperti itu yang terjadi pada seorang wanita yang telah dikongsikan di laman Facebook.
Seorang wanita, Nurul Adlinna berkongsi satu pengalaman lucu yang baru sahaja terjadi padanya baru-baru ini. Menemani ibunya ke sebuah pasaraya, mereka ke sana kerana ingin membeli barangan dapur.
Namun setelah seharian membeli, wanita itu terkejut apabila melihat barangan yang telah dibeli dan harga yang telah mencecah RM800. Walaupun wanita itu hairan mengapa ibunya berbelanja dengan banyak sekali, dia tetap akur dan senang kerana dapat menemani ibunya.
Hurmm…yang ni bukan masak apa tak jadi..Tapi tak tau nak masak apa kalau list dah panjang macam niRasanya kalau diri sendiri beli brg dapur dah banyak dah..tapi kali ni bawak mak sekali rupanya lagi banyakTak taula tahan berapa lama#sebabsayasayangmak