Ketika seharian berada di dalam kereta dengan keadaan perut yang kosong, sudah tentu kita tidak akan mempunyai mood kerana terlalu menahan lapar. Pelbagai hal boleh dibayangkan, malah pandang ke mana-mana pun mata dan perut hanya teringat pada makanan.
Imaginasi terlalu kuat, hal seperti itulah yang terjadi pada seorang wanita yang terlalu lapar sehingga matanya tersalah pandang barang yang sedang dibawa oleh sebuah lori dan menyangka bahawa ia adalah makanan yang telah dilarikan.
Terbaru, wanita itu, kurniayaty, memuat naik sebuah video di laman TikTok dan berkongsi kejadian lucu yang terjadi padanya ketika sedang menaiki kereta. Ketika berada di sebuah lebuh raya, mata wanita itu menumpu pada barang yang sedang dibawa oleh sebuah lori.
Diperhatikan dari jauh, wanita itu terkejut apabila melihat sebuah lori sedang membawa kentang goreng McD bersaiz gergasi. Namun bila menghampiri kenderaan tersebut, rupanya wanita itu telah tersalah pandang dan objek yang dibawa adalah tokong kecil yang digunakan bagi kaum Cina untuk sembahyang.
Malu, wanita itu memohon maaf kerana tersalah pandang. Hal itu terjadi kerana dia masih lagi berada dalam keadaan blur dan sangat lapar.
@kurniayaty #fyp i misunderstood……blur blur and hungry 😭
@kurniayaty #fyp ♬ I Misunderstood The Assignment – rclbeauty101
Menjengah di ruangan komen, warganet juga ‘tertipu’ melihat video itu. Seperti wanita itu, mereka turut menyangka bahawa apa yang dibawa oleh itu juga merupakan kentang goreng McD bersaiz gergasi bila dilihat dari jauh.
Bila sudah lapar, otak kita akan kuat berimiginasi. Jadi sebelum melakukan apa-apa perjalanan, pastikan anda isikan perut terlebih dahulu untuk elakkan tersalah pandang. Takut nanti lain pula jadinya.
Kredit: TikTok kurniayaty