Seperti mana-mana bahan dapur, daging ayam perlu dibersihkan dan disimpan dengan cara yang betul supaya ia kekal segar dan tidak cepat rosak.
Jika tersalah cara pembersihan dan kaedah menyimpan, hal itu boleh menyebabkan kerugian kerana daging ayam akan cepat membusuk walaupun baru sahaja dibeli beberapa hari yang lalu. Hal sebegitu telah terjadi pada seorang lelaki dan telah dikongsikan di laman Facebook.
Terbaru, seorang lelaki, Nas Mnn, telah berkongsi peristiwa yang sangat mengecewakan yang telah terjadi padanya di grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ni (MATJHN) Official.
Menurutnya, dia baru sahaja memasang niat untuk menyediakan ayam goreng KFC sendiri dengan menggunakan ayam yang baru sahaja dibeli. Teruja untuk masuk ke dapur, lelaki itu terus menyiapkan diri setelah pulang dari kerja.
Namun dia dikecewakan apabila ayam yang dibeli didapati telah busuk dan tidak sesuai untuk dimasak. Walaupun begitu, lelaki itu redha dengan apa yang berlaku dan terima mungkin malam itu bukanlah rezeki buatnya untuk memasak.
Dari tmpat kje lgi niat blik mlm ni nk buat ayam kfc kt rmah.. Blik cpat2 mndi cpat2 buka je peti tgk2 ayam busuk..xapa lh xada rzki nk mkn ayam kfc mlm ni.
Menjengah di ruangan komen, warganet telah meneliti gambar yang telah dikongsikan dan menemui bahawa cara penyimpanan lelaki itu menjadi punca ayam cepat busuk. Oleh itu, mereka sarankan untuk cuba baiki dan simpan lebih elok pada lain hari.
Pastikan anda sentiasa teliti dan bersihkan dan simpan apa jua barang dapur yang dibeli dengan baik. Hal itu dapat mengelakkannya dari cepat rosak dan boleh digunakan kemudian hari.
Kredit: Nas Mnn via MATJHN OFFICIAL