Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Susahkan Aku Sampai Ke Tahap Ini..” Peniaga Kecewa Bila Kedai Makan Dalam Keadaan Kotor & Bersepah Gara-Gara..

“Susahkan Aku Sampai Ke Tahap Ini..” Peniaga Kecewa Bila Kedai Makan Dalam Keadaan Kotor & Bersepah Gara-Gara..

Kategori:
kedai makan dalam keadaan kotor

Mengusahakan sebuah kedai makan bukanlah sesuatu yang mudah. Selain dari kos sampingan yang perlu ditanggung, cabarannya juga amat berat. Lagipun, tak semua orang akan berasa senang bila melihat rezeki yang datang pada kita.

Oleh itu, pelbagai cara yang mereka akan lakukan untuk menjatuhkan perniagaan yang telah kita bina. Perkhidmatan dukun dan sihir sering digunakan. Ada juga yang berkelakuan jahat dan melakukan perbuatan khianat. Hal itu boleh menyebabkan kerugian bagi pihak peniaga seperti mana yang terjadi pada seorang individu baru-baru ini.

Kedai Makan Dalam Keadaan Kotor Dan Bersepah, Peniaga Terkilan

Terbaru, seorang peniaga, shafiq_asy.salai, memuat naik sebuah video di laman TikTok dan berkongsi peristiwa pahit yang telah terjadi kepadanya dan perniagaannya.

Berlaku di kedai makan miliknya, dia ke sana pada jam enam dua puluh lima minit pagi untuk melakukan persiapan untuk meniaga pada hari tersebut. Namun bila tiba, peniaga itu dikejutkan dengan kedai makan dalam keadaan bersepah, tak cukup dengan itu, kaca peti makanan juga pecah dan berderai. Dipercayai kedainya telah dicerobohi. kedai makan dalam keadaan kotor

@shafiq_asy.salaidoakan saya kuat ye.♬ Dah ini kerja kita – Maggi Goreng Mamak

Dalam satu lagi video yang dikongsikan untuk menjawab pertanyaan netizen, lelaki itu turut tidak dapat mengenal pasti punca hal tersebut. Berkongsi keadaan kedai makannya yang telah disepahkan, dia telah membuat laporan pada pihak berkuasa akan hal itu.

@citorasoomakden

Balas kepada @tengokjerr2 taktahu laa, tapi dah buat report. ☹️

♬ bunyi asal – Mohd Shafiq Yaacob – CitoRaso OmakDen

@shafiq_asy.salai Balas kepada @tengokjerr2 ♬ bunyi asal – Mohd Shafiq Yaacob

Bertabahlah

Menjengah di ruangan komen pula, rata-rata netizen mengesyaki bahawa kejadian tersebut adalah disebabkan perbuatan khianat yang telah dilakukan oleh individu yang tidak berpuas hati. Mereka juga turut meminta agar peniaga tersebut terus sabar dan kuat menghadapi cabaran itu. kedai makan dalam keadaan kotor

Nak meniaga bukanlah mudah, lebih-lebih lagi bila diuji seberat ini. Sebagai seorang manusia, kita tidak seharusnya mempunyai sifat dengki dan berkelakuan sebegitu. Hal tersebut akan dibalas pada diri kita pada kemudian hari.

Kredit: TikTok shafiq_asy.salai

Baca Juga: “Sanggup Tunggu..” Dah 6 Tahun Kahwin Tapi Baru Pertama Kali Bapa Mentua Minta Masak, Wanita Ini Terharu

tags: