Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Cuba Resepi Pancake Popia Kpop Yang Sedap & Mudah Untuk Disediakan

Jom Cuba Resepi Pancake Popia Kpop Yang Sedap & Mudah Untuk Disediakan

Kategori: ,
PANCAKE POPIA KPOP

Popia merupakan makan ringan yang enak dinikmati dalam pelbagai cara. Malah, terdapat pelbagai resepi popia yang menarik yang boleh anda cuba di rumah.

Bagi anda yang inginkan kelainan dan resepi popia yang baharu, anda boleh ikuti resepi pancake popia kpop yang telah dikongsikan oleh Tengku Roselyza Raja Muhammad. Memang mudah sahaja untuk dicuba.

Resepi Pancake Popia Kpop

Bahan-Bahan

  • Kulit popia
  • 10 ekor udang (potong kecil-kecil)
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • Sedikit garam
  • 3 ulas bawang putih (hiris halus atau cincang)
  • Daun kucai
  • Cili merah besar (cincang halus)
  • 2 senduk kecil tepung jagung (bersamaan 4 sudu besar)
  • Sebiji telur
  • Sedikit tepung gandum yang dibancuh dengan air (untuk gam) PANCAKE POPIA KPOP

Cara Penyediaan 

  1. Satukan semua bahan di atas kecuali kulit popia dan tepung gandum.  PANCAKE POPIA KPOP PANCAKE POPIA KPOP
  2. Kulit popia dilipat dua dan gunting
  3. Ambil sedikit bancuhan ratakan atas kulit popia. PANCAKE POPIA KPOP
  4. Satu lagi lapisan kulit popia disapu dengan tepung gandum untuk gam dan tampal atas popia. PANCAKE POPIA KPOP
  5. Selepas itu, boleh lah goreng dah garing boleh angkat. Siap untuk makan!PANCAKE POPIA KPOP

Mudah dan ringkas sahaja resepi ini, kan? Bagi anda yang ingin menikmati popia pada waktu petang bersama keluarga di rumah, bolehlah cuba resepi pancake popia kpop ini. Lain dari yang lain tapi tetap sedap untuk dimakan.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.

Kredit: Tengku Roselyza Raja Muhammad

Baca Juga: Cara Buat Sup Ayam Paling Mudah & Sedap, 15 Minit Dah Siap Masak

tags: