Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Tip & Petua » Kolej Tak Bagi Masak? Pelajar Ini Kongsi Cara Kreatif Untuk Masak Di Asrama Menggunakan..

Kolej Tak Bagi Masak? Pelajar Ini Kongsi Cara Kreatif Untuk Masak Di Asrama Menggunakan..

Kategori:
CARA KREATIF UNTUK MASAK

Bagi mereka yang pernah tinggal di asrama, pasti sudah terbiasa dengan pelbagai peraturan ketat yang perlu dipatuhi. Walaupun leceh, hal itu dapat memastikan tidak berlaku sebarang kemalangan dan melatih diri untuk lebih berdisiplin dan bertanggungjawab.

Selain perlu pulang sebelum waktu-waktu tertentu, penghuni juga tidak dibenarkan untuk memasak di asrama. Namun ramai yang tidak bersetuju dengan peraturan tersebut dan ada juga yang melanggarnya. Perlu berhati-hati ketika memasak di bilik, penghuni mempunyai pelbagai cara aneh tapi berkesan yang telah dilakukan supaya tindakan mereka tidak diketahui. Seperti mana yang telah dikongsikan oleh seorang wanita ini di laman TikTok.

Kongsi Cara Kreatif Untuk Masak Menggunakan..

Oleh kerana tinggal di sebuah asrama dengan pelbagai peraturan, seorang wanita, veyy______, perlu memikirkan cara lain untuk memasak di biliknya agar hal itu tidak diketahui oleh pihak atasan.

Berfikir di luar kotak , wanita itu memuat naik sebuah video dan kongsi cara kreatif untuk masak di asrama dengan menggunakan alat-alat yang dibenarkan untuk dibawa. Menyediakan ikan siakap stim menggunakan cerek pemanas air dan seterika, sudah tentu pihak atasan tidak akan mengesyaki tindakannya.

Ikan dibalut dengan kertas aluminium foil, ia dimasak secara perlahan dengan menggunakan dua alat tersebut. Cara itu juga bukanlah sesuatu yang baharu dan barangkali wanita itu mendapat inspirasi dari internet. CARA KREATIF UNTUK MASAK CARA KREATIF UNTUK MASAK CARA KREATIF UNTUK MASAK

@veyy______ siapa pernah? kita geng🤭 #fypp #sarawaktiktok #dulu2 ♬ original sound – 99.veyy – HAHAHAUSSS🤪

Boleh Cuba Selepas Ini

Menjengah di ruangan komen, cara yang telah dikongsikan oleh wanita itu menarik perhatian dan mereka juga berminat untuk cubanya di asrama masing-masing bila berkesempatan. CARA KREATIF UNTUK MASAK

Bagi adik-adik yang berada di asrama, bolehlah cuba cara yang dikongsikan oleh wanita ini untuk memasak di sana. Namun pastikan anda memantau dan sentiasa berhati-hati ketika mencuba hal ini kerana peralatan tersebut bukanlah untuk memasak.

Kredit: TikTok veyy______

Baca Juga: 2 Tahun Suami Hidap Sakit Kencing Manis & Tak Dapat Minum Nescafe, Akhir Sekali Wanita Ini..

tags: