Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Rambut Palsu Sape Ni?” Wanita Ini Jumpa Gumpalan Rambut Dijual Di Econsave, Rupanya..

“Rambut Palsu Sape Ni?” Wanita Ini Jumpa Gumpalan Rambut Dijual Di Econsave, Rupanya..

Kategori:
GUMPALAN RAMBUT

Pasaraya Econsave merupakan salah satu besar pasaraya yang sering dikunjungi ramai. Dengan harga yang berpatutan, ia menjual pelbagai barangan keperluan harian. Malah, bahan-bahan dapur yang rare dan sukar ditemui juga boleh didapati di sana.

Oleh itu, pengguna akan rambang mata dengan pelbagai pilihan bahan-bahan dapur yang boleh ditemui. Ada yang biasa kelihatan, ada juga yang tak pernah. Bila melihat sesuatu yang baharu, sudah tentu kita akan berasa hairan dan terkejut. Hal seperti itu yang terjadi dan telah dikongsikan di laman TikTok.

Terjumpa Gumpalan Rambut Di Econsave!

Terbaru, seorang wanita memuat naik sebuah video dan berkongsi penemuan yang mengejutkan menerusi akauannya, tembikaisusuuuuu97, di laman TikTok. Mengunjungi pasaraya Econsave, wanita itu terkejut apabila menemui gumpalan rambut yang dijual oleh pasaraya tersebut.

Tak pernah melihatnya, rupa bahan itu yang sama seperti gumpalan rambut manusia amat menyeramkan buat wanita tersebut. Diperiksa, wanita itu turut terkedu dengan harga bahan itu yang dijual dengan harga RM79. Ingin tahu, dia bertanya pada penonton mengenai bahan tersebut.

Ingin tahu, wanita itu bertanya pada warganet mengenai bahan itu. Menjengah di ruangan komen, ini respon warganet. Ada yang memberikan jawapan yang tepat, ada juga yang kelakar dan sekadar mengusik. GUMPALAN RAMBUT GUMPALAN RAMBUT

@tembikaisusuuuuuuuuuuu

Sheram bodoh! Aku tak tahu ni ntang apa ! Tadi g econsave! Pastuuu ….. eee memang seram la ! Korang thu ni apa ?? Komen.

♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

@tembikaisusuuuuu97Sheram bodoh! Aku tak tahu ni ntang apa ! Tadi g econsave! Pastuuu ….. eee memang seram la ! Korang thu ni apa ?? Komen.♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Gumpalan Rambut Itu Rupanya..

GUMPALAN RAMBUT GUMPALAN RAMBUT

Jangan panik! Rupanya bahan itu bukanlah gumpalan rambut tapi Fatt Choy yang digunakan dalam pelbagai masakan masyarakat Cina. Enak dimasak dalam sup bersama beberapa bahan, ia tidak pernah digunakan dalam masakan Melayu. Bahan ini juga sukar ditemui dan hanya boleh didapati di pasaraya besar. Jika melihatnya, janganlah terkejut pula kerana rupanya yang seakan gumpalan rambut.

Kredit: TikTok tembikaisusuuuuu97

Baca Juga: “Apa Jadi Lepas Tu?..” Selamba Makan Makanan Kucing, Tindakan Lelaki Ini Buat Ramai Bimbang

tags: