Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Berang Kedai Makan Melayu Cuti Semasa Perayaan Tahun Baru Cina, Wanita Ini Beri Nasihat Pada Peniaga

Berang Kedai Makan Melayu Cuti Semasa Perayaan Tahun Baru Cina, Wanita Ini Beri Nasihat Pada Peniaga

Kategori: ,
KEDAI MAKAN MELAYU

Sempena musim perayaan Tahun Baru Cina, ramai yang mengambil peluang untuk bercuti dan berehat dari perkerjaan harian mereka. Bukan sahaja syarikat korporat , malah kedai makan dan restoran juga ditutup untuk pemilik dan pekerja-pekerja bercuti.

Bukan sahaja kedai makan milik bangsa Cina, malah perniagaan milik bangsa Melayu juga mengambil peluang untuk bercuti dan menutup premis kedai makan untuk beberapa hari. Malah, ada juga menutup perniagaan mereka sehingga seminggu lebih bagi urusan bercuti. Tak salah, namun hal itu membuat sesetengah pihak tidak berpuas hati. Seorang wanita luahkan rasa tidak puas hati dengan perkara tersebut.

Kedai Makan Melayu Turut Bercuti Sempena CNY, Wanita Ini Berang & Beri Nasihat

Terbaru, seorang wanita, sasalaoshi, memuat naik sebuah video dan berkongsi rasa tidak puas hati dengan sikap segelintir peniaga Melayu yang mengambil kesempatan untuk bercuti semasa perayaan Tahun Baru Cina.

Ketika dia sedang mencari kedai makan untuk dikunjungi, wanita itu kecewa setelah mendapati kesemua kedai makan melayu telah tutup dan bercuti. Mengambil peluang untuk meluahkan kekecewaannya di laman TikTok, wanita itu berasakan hal tersebut tidak wajar dan peniaga Melayu perlu lebih bijak dalam meniaga.

Ketika musim perayaan sebegini, mereka perlu ambil peluang oleh kerana ramai yang bercuti dan berlumba-lumba untuk makan di kedai makan bersama keluarga. Namun peniaga Melayu terlepas dan sebaliknya bercuti pada jangka waktu yang lama. Tambahnya, dia hairan dengan hal tersebut dan meminta para peniaga lebih serius ketika berniaga dan belajar cara dan strategi yang lebih tepat dalam menguruskan perniagaan mereka. KEDAI MAKAN MELAYU

@sasalaoshiCNY pun melayu tutup kedai???😅😅😅♬ original sound – Syazni Nabilah

Netizen Bersetuju

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan hal yang dibangkitkan oleh wanita tersebut. Malah, ada juga yang tidak mahu menyokong peniaga yang tidak berdisiplin dan konsisten dengan perniagaan mereka. KEDAI MAKAN MELAYU

Peniaga Pun Mahu Cuti

Namun ada juga yang mempertahankan golongan peniaga yang bercuti ketika perayaan Tahun Baru Cina. Sudah tentu peniaga mempunyai sebab munasabah untuk bercuti panjang. KEDAI MAKAN MELAYU

Para peniaga mungkin mempunyai sebab masing-masing untuk bercuti begitu lama. Namun begitu, jika ingin menjadi seorang pengusaha yang berjaya, waktu operasi kedai makan yang konsisten menjadi peranan penting untuk menarik minat pelanggan. Jadi sebaiknya peniaga perlu sentiasa berdisiplin dan bijak ketika meniaga.

Kredit: TikTok sasalaoshi

Baca Juga: “Buat Kenduri Doa Selamat Ke Dik” Wanita Panik Anak Saudara Hampir Order Makanan Berharga Lebih RM1800!

tags: |