Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Sambal Belacan Picit Yang Mudah, Makan Dengan Ikan Bakar & Ulaman Memang Padu Teruk!

Resepi Sambal Belacan Picit Yang Mudah, Makan Dengan Ikan Bakar & Ulaman Memang Padu Teruk!

Kategori: ,
resepi sambal belacan picit

Bagi yang menggemari makanan atau menu kampung, memang wajib cuba Sambal Belacan Picit ni. Memang terlampau sedap. Tak tahu nak cakap macam mana. Makan pula dengan ikan bakar dan ulaman, mahu menambah berpinggan-pinggan nasi tau.

Bukan sahaja sedap dan mengenyangkan menu ini juga sangat sesuai untuk anda yang sedang mengamalkan diet sekarang. Nak cuba buat Sambal Belacan Picit ni? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Putri Inas di bawah ini.

Cara Buat Sambal Belacan Picit Yang Ringkas Namun Sangat Menyelerakan!

Bahan-bahan:

  • 12 biji cabai merah
  • 12 biji cabai hijau
  • 1 sudu besar asam jawa (asam jawa asli)
  • 2 ketul belacan bakar (sebesar ibu jari)
  • Setengah biji asam limau
  • 1/2 cawan air kosong (ikut kepekatan yang disukai
  • Garam
  • Sedikit gula
  • Serbuk perasa

Cara Penyediaan:

  1. Picit saja semua bahan di atas. Bukan tumbuk, bukan blend.
  2. Makan dengan ikan bakar kosong dan ulam.

Sangat mudah kan nak buat Sambal Belacan Picit ni. Kalau malas nak masak atau pun dah buntu tak tahu nak masak apa. Boleh lah cuba sambal ni, memang sedap tak terkata.

Selamat mencuba!

Kredit: Putri Inas

Baca juga: Cara Ringkas Buat Sambal Padang, Tak Perlu Nak Masak Banyak Lauk. Cukup Sambal Ini Sahaja!

tags: | |