Kini, pelbagai jenis produk dan minuman kesihatan boleh didapatkan di pasaran dengan harga yang murah dan menjanjikan pelbagai manfaat pada pengguna. Namun begitu, ramai doktor yang tidak menyarankannya kerana kebanyakkan produk tersebut mengandungi pelbagai jenis pengawet, warna tiruan, gula berlebihan serta bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan. Harganya yang mahal juga boleh membebankan pengguna.
Jika ingin sihat, gaya hidup yang cergas dan pemakanan yang seimbang memainkan peranan penting. Jika anda ingin mengamalkan apa jenis minuman kesihatan, lebih baik jika anda menyediakannya sendiri di rumah. Terdapat pelbagai resepi jus kesihatan homemade yang anda boleh cuba. Antaranya adalah yang telah dikongsikan oleh Nurhafizah Mohmadzaini. Jus lega ini sering diamalkan olehnya bagi membantu menjaga kesihatannya.
Nota: Resepi ini untuk saiz hidangan yang banyak, boleh diminum untuk tiga atau empat bulan. Jika mahu banyak, boleh double sukatan yang telah disediakan.
Jus lega ini sesuai untuk diamalkan setiap hari. Ketika waktu pagi dan malam, ambil satu sudu sehari bagi menjaga kesihatan dan pastikan anda goncangkan sebelum meminumnya.
Untuk pengetahuan anda, wanita ini juga mengesyorkannya kerana setiap bahan yang digunakan mempunyai manfaatnya tersendiri. Setelah dicampurkan dan dijadikan jus lega, ianya mampu membantu menurunkan kadar kolestrol dalam darah, menyingkirkan toksin dalam badan, membuangkan angin dalam badan dan banyak lagi.
Selamat mencubanya.
Kredit: Nurhafizah Mohmadzaini