Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Bukan Nak Mengaibkan Sesiapa Tapi..”, Wanita Ini Sebak Hari Jadi Abah Spoil Gara-Gara..

“Bukan Nak Mengaibkan Sesiapa Tapi..”, Wanita Ini Sebak Hari Jadi Abah Spoil Gara-Gara..

Kategori: ,
HARI JADI ABAH

Hari jadi ibu bapa merupakan hari istimewa yang perlu diraikan bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka selama mereka masih ada. Oleh itu, anak-anaklah yang paling beria untuk merancang pelbagai kejutan dan aktiviti untuk dilakukan pada hari tersebut.

Merupakan hari yang gembira buat semua ahli keluarga untuk berkumpul dan meraikan bersama, semuanya perlu sempurna. Namun jika salah satu hal dalam majlis tersebut tidak sempurna, ianya boleh merosakkan majlis. Jika salah seorang ahli keluarga terlewat, masih lagi boleh dimaafkan tapi jika kek yang telah lama dipesan adalah rosak dan tidak seindah rupa, perkara tersebut amatlah merugikan dan terus merosakkan mood majlis hari jadi yang telah dirancang.

Hari Jadi Abah Spoil Gara-Gara..

Terbaru, seorang wanita meluahkan rasa kecewa dengan kecuaian peniaga. Berkongsi di laman TikTok menerusi akaunnya, nur_amalinaaa, wanita itu memuat turun sebuah video yang memaparkan keadaan kek yang telah ditempah sempena majlis hari jadi abah baru-baru ini.

Sepatutnya majlis tersebut diraikan dengan penuh gembira, suasana berubah suram apabila mereka menyedari bahawa kek yang telah ditempah kelihatan berkulat dan telah pun rosak. HARI JADI ABAH

Kesian pada ayahnya yang telah termakan kek yang rosak itu, wanita itu turut menjelaskan bahawa niatnya untuk berkongsi video itu bukanlah untuk mengaibkan peniaga tersebut tapi untuk dijadikan pengajaran buat peniaga lain untuk lebih berhati-hati dan tidak lalai ketika menyediakan makanan. Jika rosak, hal itu boleh membahayakan pelanggan yang telah termakan.

@adindaemaa

Hari bahagia abah berubah sekelip mata 😢 bukan nak mengaibkan sesiapa tapi pengajaran untuk bakery shop yang lain please alert .. Kesian kat my abah dah termakan kek kulat ni 😢 bab nyawa please jangan buat main

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

@nur_amalinaaaHari bahagia abah berubah sekelip mata 😢 bukan nak mengaibkan sesiapa tapi pengajaran untuk bakery shop yang lain please alert .. Kesian kat my abah dah termakan kek kulat ni 😢 bab nyawa please jangan buat main♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Setelah mengadu pada peniaga, wanita itu bersyukur dengan tindakan peniaga yang bertanggungjawab dan mengganti balik wangnya. HARI JADI ABAH

Menjengah di ruangan komen, warganet turut risau dengan keadaan abah wanita itu yang telah termakan kek itu. Mereka mendoakan dia berada dalam keadaan yang baik dan cepat sembuh.

Semoga Abah Cepat Sembuh.. HARI JADI ABAH

Malah, hal tersebut turut terjadi pada segelintir warganet yang bernasib malang dan telah membeli kek yang telah rosak dan berkulat.

Pernah Terkena.. HARI JADI ABAH

Sedihnya bila kita sudah bersusah payah merancang majlis hari jadi abah, tapi rosak gara-gara kek berkulat. Semoga hal ini menjadi satu pengajaran buat semua pihak untuk lebih berhati-hati.

Kredit: TikTok nur_amalinaaa

Baca Juga: “Satu Dalam Sejuta..”, Teman Wanita Tak Makan Kulit Ayam Texas, Lelaki Ini Seolah-Olah Tak Percaya Dan..

tags: |