Kelemumur merupakan masalah pada kulit kepala yang boleh menyebabkan kegatalan dan ketidakselesaan. Walaupun tidak boleh dijangkiti dan tidak merbahaya, ia boleh membuat sesiapa sahaja hilang keyakinan dengan penampilan diri.
Jika anda sudah mencuba pelbagai jenis syampu di pasaran namun masih lagi menghadapi masalah kelemumur, terdapat beberapa cara tradisional yang menggunakan bahan semula jadi untuk merawatnya. Disini Leha Yusuf telah kongsikan cara mudah
Sifat antimikrob daun limau purut diolah untuk mengatasi masalah kelemumur apabila sebatian bioaktif daun limau purut mampu merencatkan pertumbuhan mikroorganisma Candida Alcicans yang sinonim dengan pertumbuhan kelemumur.
Selain untuk mengatasi masalah kelemumur, daun limau purut juga dapat membantu masalah rambut berbau kerana ianya semula jadi wangi dan mampu menyihatkan rambut anda. Ekstraknya juga ada digunakan sebagai bahan dalam pelbagai jenis syampu di pasaran.
Semoga tips ini mampu membantu mengatasi masalah anda.
Kredit: Leha Yusuf