Untuk menarik pembeli, syarikat makanan sudah mengeluarkan pelbagai jenis gula-gula yang menarik tapi pelik. Hal itu supaya pembeli akan berasa tertarik untuk mendapatkannya sekaligus mengajak mereka berkongsi di media sosial mengenainya.
Bukan sahaja perisa, malah perusaha sudah mula kreatif dan mengeluarkan gula-gula dalam pelbagai bentuk dan rupa. Namun, ada juga sesetengah barang yang kelihatan menarik, sama seperti gula-gula yang dijual tapi tak selamat untuk dimakan. Penemuan itu dikongsikan oleh seorang wanita baru-baru ini.
Terbaru dikongsikan di laman TikTok, seorang pengguna, nsyifa1011, memuat naik sebuah video dan berkongsi gula-gula pelik yang baru sahaja dibeli olehnya baru-baru ini.
Jika dilihat dari luaran, gula-gula tersebut kelihatan normal, sama dengan yang gula-gula yang lain dan dibungkus dengan plastik. Namun wanita itu sempat lagi mempamerkan keajaiban gula-gula tersebut. Membuka plastik, wanita itu terus meletakkannya ke dalam piring kecil. Lalu, dia menuangkan sedikit air.
Selang beberapa saat, gula-gula pelik itu terus mengembang menjadi tisu. Menurut wanita tersebut, ianya digunakan untuk segarkan muka dan untuk mengelap tangan.
@nsyifa1011 Jangan makan tau👍🏻🤣 #fyp #fypシ #viral #fyppppppppppppppppppppppp #fypage #penang #kedahdarulaman #tisubasah #sajanakcerita #travel
@nsyifa1011 Jangan makan tau👍🏻🤣 #fyp #fypシ #viral #fyppppppppppppppppppppppp #fypage #penang #kedahdarulaman #tisubasah #sajanakcerita #travel ♬ original sound – Adrian HuHu
Menjengah di ruangan komen pula, segelintir warganet turut tertarik dengan produk tersebut. Ada juga yang kagum dengannya dan ingin tahu dimana boleh mendapatkannya.
Lain kali bila anda ingin membeli gula-gula, pastikan anda berhati-hati. Maklumlah sekarang terdapat pelbagai gula-gula pelik di pasaran, takut nanti tertipu pula dan tersalah beli. Pastikan anda membaca label pakej dengan teliti supaya tidak tertukar dengan gula-gula biasa.
Kredit: TikTok nsyifa1011
Baca Juga: “Aku Nak Tengok Dia Happy Je..”, Lelaki Ini Sanggup Tipu Teman Wanita Gara-Gara..