Bila di dapur, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan memantau masakan yang sedang dimasak. Hal tersebut dapat mengelakkan pelbagai jenis kemalangan yang tidak diingini.
Namun masih lagi ramai diantara kita yang lalai dan mengambil hal tersebut dengan mudah. Mungkin kerana sudah terbiasa dan yakin dengan diri sendiri, ada juga yang berani meninggalkan rumah meskipun sedang memasak sesuatu di dapur. Walaupun hanya keluar sekejap, pelbagai hal boleh terjadi. Itulah yang berlaku pada seorang wanita baru-baru ini.
Seorang wanita menyesali kelalaiannya baru-baru ini yang hampir membahayakan rumah dan keluarganya. Saniah Che Hussain yang telah berkongsi peristiwa itu di Facebook melalui grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ni (MATJHN) Official.
Menurutnya, dia memasangkan niat untuk menyediakan nasi himpit homemade. Sedang direbus, wanita tersebut tiba-tiba sahaja ingin ke kedai berdekatan. Singgah ke sana sekejap, wanita itu berasa hairan bila tercium bau hangit di seluruh rumah.
Bila diperiksa di dapur, rupanya ia berpunca oleh nasi himpit yang telah direbus tadi. Sudah tidak boleh dimakan, wanita itu menyesali hal tersebut namun bersyukur kerana suaminya berada di rumah ketika itu sekaligus dapat menghalang hal yang lebih buruk dari terjadi.
Meskipun leceh, wanita itu tetap mencuba sekali lagi dan menyediakan hidangan nasi himpitnya dengan kuali yang baru. Kali ini dia memantaunya supaya perkara sama tidak lagi berulang.
Nasi impit homemade konon..tinggal sekejap p kedai.. balik dr kedai bau hangit.. nsib baik laki cek dah ttp api.. sekali tgk xbole pkai dah..
Buat pulak baru.. alhamdulilah dah nak masak..
Menjengah di ruangan komen, terdapat beberapa warganet yang risau dengan kecuaian wanita tersebut. Untuk lebih mudah, mereka mencadangkan untuk menggunakan cara lain agar sebarang kemalangan dapat dielakkan.
Bila memasak, pastikan anda sentiasa memantau masakan anda di dapur. Hal tersebut dapat mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.
Semoga perkara ini menjadi pengajaran buat kita semua untuk tidak mudah lalai.
Kredit: Saniah Che Hussain via MATJHN OFFICIAL
Baca Juga: “Aku Nak Tengok Dia Happy Je..”, Lelaki Ini Sanggup Tipu Teman Wanita Gara-Gara..