Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Nak Guna Drive Thru McD, Lelaki Ini Terkejut Bila Nampak 2 Ekor Anjing Sedang Berteduh

Nak Guna Drive Thru McD, Lelaki Ini Terkejut Bila Nampak 2 Ekor Anjing Sedang Berteduh

Kategori:
2 EKOR ANJING

Sejak kecil, kita akan dididik oleh ibu bapa dan orang sekeliling untuk berbuat baik bukan sahaja dengan manusia, malah dengan haiwan-haiwan. Tak mengira apa jenis haiwan tersebut, perbuatan menganiaya terhadap makhluk lain turut dikutuk oleh semua agama.

Selagi ianya tidak membahayakan nyawa kita, apa salahnya kita memberi sedikit kebaikan kepada haiwan, terutamanya haiwan jalanan yang tidak mempunyai tempat untuk berteduh dan diberi makan.

Nampak 2 Ekor Anjing Sedang Berteduh, Terus Tak Sampai Hati

Ketika sedang hujan lebat, seorang lelaki, azuanpropsmaker, tiba-tiba sahaja mempunyai niat untuk menikmati beberapa hidangan daripada restoran makanan segera ternama, McDonald’s. Untuk mudah, dia memilih untuk menggunakan drive thru yang telah disediakan restoran itu. 2 EKOR ANJING

Namun apabila baru sahaja ingin masuk, lelaki itu terkejut apabila ternampak 2 ekor anjing yang sedang berteduh di bawah bumbung kecil drive thru tersebut. Meskipun lapar, dia tak sanggup menghalau haiwan tersebut oleh kerana tiada tempat lain untuk mereka berteduh. 2 EKOR ANJING

@azuanpropsmakerTumpang berteduh ye cik dog..

♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Menjengah di ruangan komen, warganet turut bersimpati dengan keadaan 2 ekor anjing tersebut yang hanya menumpang di kawasan tersebut. Mereka turut mencadangkan agar lelaki itu bersedekah pada mereka.

Kesian Dekat Mereka 2 EKOR ANJING

Sedihnya bila melihat haiwan yang tak terdaya itu dalam keadaan sebegitu. Tidak mempunyai rumah, mereka hanya mampu menumpang di bawah bumbung McDonald’s yang kecil itu. Memang tak sampai hati nak halau memandangkan tiada tempat lain sudah untuk mereka berteduh.

Jika mampu, berbuat baik lah dengan segala haiwan. Perkara itu merupakan amalan yang bagus dan dibawa ke dalam kubur nanti.

Kredit: TikTok azuanpropsmaker

Baca Juga: “Aku Nak Tengok Dia Happy Je..”, Lelaki Ini Sanggup Tipu Teman Wanita Gara-Gara..

 

tags: